Berita Harian

Bukti kerajaan Pulau Pinang tidak telus

-

Nibong Tebal: UMNO negeri menyifatka­n penyebaran klip video rasuah membabitka­n bapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim sebagai bukti bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak telus.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata DAP selama ini sering bercakap mengenai korupsi dan demokrasi, namun selepas memerintah Pulau Pinang, isu ketidaktel­usan dalam pentadbira­n mereka mula timbul satu persatu.

Katanya, masyarakat perlu melihat isu ini dalam konteks lebih luas kerana selama ini DAP sering mendakwa mereka bersih dan tidak mengamalka­n rasuah.

Sering dabik dada

“Siew Khim sendiri mengaku itu adalah bapanya. Walaupun ada pihak mengatakan ini (isu) kecil, ia sebenarnya adalah besar kerana selama berpuluh tahun DAP mengaku ahli dan keluarga mereka bersih sepanjang masa.

“DAP sering mendabik dada bahawa mereka bebas daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa, tetapi hakikatnya parti itu turut terpalit dengan isu rasuah dan ketidaktel­usan yang dapat dilihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Kemerdekaa­n Kelas Integrasi Pendidikan Khas (PDK) Seberang Prai Selatan anjuran PDK Harmoni Taman Seri Acheh dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Setar di sini, semalam.

Zainal Abidin berkata, keadaan ini terjadi kerana DAP dikuasai majoriti pemimpin yang juga ahli perniagaan, sehingga mereka sanggup berniaga ‘kuasa’ hanya untuk tujuan mendapatka­n rumah kos rendah.

Tuntut jelas pembabitan bapa

Sementara itu, GERAKAN Pulau Pinang menuntut Siew Khim menjelaska­n pembabitan bapanya dan beberapa individu yang dikatakan menerima wang bagi memperoleh kelulusan pembelian unit pangsapuri kos rendah.

Naib Pengerusin­ya, Oh Tong Keong, berkata pihaknya sedia menyerahka­n rakaman terbabit kepada Yang di-pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, jika tiada sebarang tindakan dibuat kerajaan negeri bagi menyelesai­kan isu itu.

“Rakyat mahu tahu sama ada Kiat Seong terima ‘duit kopi’ seperti dirakam dalam klip video yang tersebar luas itu. Seterusnya kepada siapa duit itu diserahkan dan bila kerajaan negeri akan ambil tindakan terhadap Kiat Seong?

“Kita juga kesal dengan ugutan ADUN Seri Delima, RSN Rayer yang mengatakan kerajaan negeri mahu dakwa kita di mahkamah berhubung isu ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia