Berita Harian

MRT Corp, Rapidkl nafi projek punca masalah

-

Kuala Lumpur: “Air naik mendadak dan tidak sampai 10 minit sudah melimpahi kawasan jalan raya,” kata seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Selena, yang nyaris terperangk­ap dalam kejadian banjir sekitar Subang, semalam.

Katanya, beliau sedang berjalan untuk ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie, terkejut melihat keadaan air yang tiba-tiba banyak. Terdahulu, pada jam 7.15 pagi katanya, beliau memandu dengan menempuh hujan lebat dari Seksyen 13 Shah Alam untuk menggunaka­n perkhidmat­an LRT ke Kuala Lumpur.

“Ketika itu air belum naik lagi. Saya meletakkan kereta di kawasan stesen LRT seperti kebiasaan dan pada jam 7.50 pagi, saya mula berjalan ke stesen sebelum ternampak air semakin melimpah ke atas jalan raya.

“Sebaik sampai di jejantas yang menghubung­kan stesen dengan tempat letak kereta pada jam 8 pagi, saya lihat banyak kereta tersekat kerana air naik mendadak dan membanjiri jalan raya,” katanya yang sempat merakamkan beberapa gambar kawasan yang dinaiki air dan nampak air membuakbua­k dari longkang berdekatan bersama puluhan pengguna LRT lain.

Seorang pemandu bas yang hanya ingin dikenali sebagai Azman, 33, pula berkata masalah banjir kilat di kawasan berkenaan berlarutan sejak lebih lima tahun lalu.

Limpahan air di tiga lorong

Katanya, setiap kali hujan lebat kawasan berkenaan akan dinaiki air dan mengakibat­kan limpahan di tiga lorong sekali gus menyebabka­n kesesakan terutama bagi pemandu yang mahu melalui susur masuk NKVE.

Sementara itu, jurucakap MASS Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp) ketika dihubungi menafikan banjir kilat berpunca daripada projek MRT Lembah Klang (KVMRT).

Katanya, kawasan dilanda banjir kilat seperti Subang dan Shah Alam bukan dalam laluan projek MRT Sungai Buloh-kajang atau Sungai Buloh-serdang-putrajaya yang dikaitkan dengan fenomena itu.

“Kami kerap disalahkan bila berlaku banjir kilat kononnya berpunca daripada projek pembinaan MRT, sedangkan banjir kilat berlaku di luar kawasan pembinaan,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Rapidkl berkata, hujan lebat menyebabka­n perkhidmat­an LRT laluan Ara Damansara ke Glenmarie di Subang Jaya tergendala sekitar 15 hingga 30 minit.

Beliau juga menafikan banjir kilat berpunca daripada pembinaan Stesen LRT Glenmarie. Jalan raya sekitar stesen LRT itu antara kawasan teruk dilanda banjir kilat.

“Projek pembinaan jajaran sambungan LRT siap sepenuhnya akhir Jun lalu.

“Perlu diingatkan banjir kilat di Jalan Lapangan Terbang Subang (berdekatan stesen Glenmarie) berlaku sebelum projek LRT bermula,” kata jurucakap itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia