Berita Harian

Jalur Gemilang berkibar megah seluruh negara

Pelbagai acara diadakan pada ambang Merdeka sempena Hari Kebangsaan 2016

-

sempena sambutan Merdeka pada majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Kolej Universiti Islam Pahang (Kuipsas). Kuala Lumpur

Pelbagai acara diadakan di seluruh negara untuk menyambut ambang Merdeka malam tadi, sempena Hari Kebangsaan 2016, dengan penduduk pelbagai kaum berbangga menyaksika­n Jalur Gemilang berkibar megah.

Di ibu negara, kibaran bendera Malaysia dan pelbagai aktiviti selingan, termasuk nyanyian berunsur patriotik mewarnai kemeriahan sambutan ambang Merdeka di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kehangatan menyambut detik jam 12 tengah malam di PWTC turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selain artis, atlet, cendekiawa­n, ahli politik, mahasiswa, budayawan dan ahli badan beruniform daripada pelbagai institusi pendidikan.

Program seumpamany­a sempena Hari Kebangsaan Ke-59, tahun ini dilihat antara penyatuan masyarakat pelbagai bangsa, agama dan peringkat umur demi menghayati suasana ketika laungan Merdeka.

Di Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron bersama barisan EXCO kerajaan negeri menyertai kira-kira 10,000 penduduk

Melaka,

di Jalan Hang Tuah, untuk membuat kiraan detik 12 tengah malam. Sambutan itu turut diserikan dengan pelbagai persembaha­n, termasuk tarian kebudayaan pelbagai kaum dan nyanyian lagu patriotik, pertunjuka­n silat, acara memotong kek ‘Sehati Sejiwa’ dan pertunjuka­n bunga api selama 10 minit.

Solat hajat Kuantan,

Di lebih 1,000 orang berjemaah menunaikan solat hajat serta bacaan Yasin pada majlis kesyukuran dan doa selamat di Masjid Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, yang diimamkan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Di Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyertai program Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2016 di Dataran MBI, di sini. Baginda yang ditemani Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menyertai kayuhan sejauh lapan kilometer (km) pada jam 9 malam bermula dari lokasi itu sebelum mengakhiri kayuhan di lokasi sama.

Terdahulu, baginda turut berkenan

Ipoh,

melepaskan lebih 1,000 peserta kayuhan sejauh 20km di lokasi sama.

Di lebih 4,000 pengunjung hadir memeriahka­n acara sambutan ambang Merdeka, di sini, yang diisi dengan persembaha­n Dikir Barat, tarian tradisiona­l Mak Yong dan pertunjuka­n bunga api 59 das menandakan simbolik 59 tahun sambutan kemerdekaa­n.

Di hampir 10,000 membanjiri Program Malam Ambang Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Johor 2016 di Dataran Ledang, Tangkak.

Di lebih 1,000 orang membanjiri Dataran utama Aman Sentral berhadapan Menara Alor Setar seawal jam 10 malam bagi menyaksika­n sambutan Ambang Merdeka 2016, dengan acara dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ diikuti lagu negeri, ‘Allah Selamat Sultan’, selain disajikan dengan deklamasi sajak, persembaha­n hiburan dan tayangan video kemerdekaa­n, gimik pelancaran dan laungan Merdeka.

Di penduduk dari peringkat kanak-kanak hingga warga emas nyata terhibur ketika menyaksika­n persembaha­n kebuda-

Kota Bharu, Johor Bahru, Alor Setar, Kangar,

 ?? [FOTO L.MANIMARAN/BH] ?? Sultan Nazrin bersama Tuanku Zara berkenan menyertai Program Kayuhan Merdeka MBI di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh. Turut serta, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
[FOTO L.MANIMARAN/BH] Sultan Nazrin bersama Tuanku Zara berkenan menyertai Program Kayuhan Merdeka MBI di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh. Turut serta, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (tengah) mengaminka­n doa
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (tengah) mengaminka­n doa
 ??  ?? Pengunjung dari pelbagai kaum serta pelancong meraikan sambutan ambang Merdeka di Taman KLCC, Kuala Lumpur.
Pengunjung dari pelbagai kaum serta pelancong meraikan sambutan ambang Merdeka di Taman KLCC, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia