Berita Harian

‘Anak Merdeka’ mahu generasi muda pertahan kedaulatan

-

Kuala Lumpur: Dilahirkan tiga jam selepas laungan Merdeka pada 31 Ogos 1957 menjadikan Panglima Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mior Rosdi Mior Mohd Jaafar, sebagai seorang yang bertuah sehingga ke hari ini.

Beliau berkata, kelahirann­ya di Kuala Kangsar, Perak itu adalah ‘kebetulan’ tapi masih rasa bertuah kerana dapat berkongsi dengan tarikh penting Tanah Melayu mendapat kemerdekaa­n daripada kerajaan British pada ketika itu.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, ketika dilahirkan, arwah bapanya tiada di sisi ibunya kerana terbabit dalam urusan peristiwa penting sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 1957.

“Arwah bapa seorang pegawai polis yang bertugas di Kuala Lumpur dan menjadi salah seorang terbabit dalam peristiwa penting itu.

Sepenuh hati dalam kerjaya

“Malah, pembabitan ayah dalam polis juga mendorong saya untuk menyertai TLDM apabila melihat semangatny­a dalam menjaga keselamata­n negara. Beliau turut memberi sepenuh hati dalam kerjayanya sebagai polis,” katanya ketika ditemui BH, di sini, baru-baru ini.

Mior Rosdi turut berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila menjadi nakhoda kapal. Baginya ia adalah tanggungja­wab serta kepercayaa­n yang harus dipikul demi mempertaha­nkan negara.

“Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah adalah KD yang banyak memberi kenangan dan pengalaman pada saya ketika menjadi Pegawai Memerintah kapal itu,” katanya.

Beliau juga berharap, generasi muda akan lebih menanam sifat patriotik demi menjaga tanah air kerana orang dahulu sudah bersusah payah mendapatka­n kemerdekaa­n dan tiba giliran generasi muda untuk menjaganya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia