Berita Harian

Orang pertama naikkan bendera 31 Ogos 1957

Pesara TLDM kecewa wujud individu tiada semangat patriotik

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Sikap kurang rasa hormat segelintir masyarakat di negara ini pada Jalur Gemilang membuatkan individu yang bertanggun­gjawab menaikkan bendera Malaya buat kali pertama pada tanggal 31 Ogos 1957, Leftenan Komander (B) Mohd Sarif Kalam berasa sedih dan kecewa.

Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berusia 79 tahun itu berkata, Jalur Gemilang seharusnya dihormati dengan rasa bangga sama seperti sayangkan sebuah negara.

Katanya, semangat cintakan dan rasa tanggungja­wab pada Jalur Gemilang seharusnya dipupuk sejak kecil, seterusnya dikekalkan dan terus mengibarny­a dengan rasa bangga sepanjang hidup.

“Saya sedih dan kecewa melihat ada yang tidak hormat pada Jalur Gemilang. Ada yang mengibarny­a sehingga lusuh dan koyak di premis atau bangunan termasuk bangunan kerajaan.

Lambang negara

“Tidak malukah mereka mengibarka­n Jalur Gemilang yang sudah koyak dan lusuh? Kalau dalam tentera sudah tentu akan dihukum kerana ia adalah lambang negara dan bukan sukasuka untuk kita kibar,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Pelangi di sini, semalam.

Mohd Sarif berkata, perkara itu harus diambil iktibar terutamany­a di pejabat dan bangunan kerajaan kerana ia bukan sahaja menunjukka­n kurang rasa hormat pada Jalur Gemilang, tetapi imej tidak baik kepada pelancong luar yang datang ke negara ini.

“Saya sedih lihat semangat patriotik dalam diri segelintir masyarakat di negara ini yang kian luntur, sebaliknya ia harus terus dilatih kerana rasa itu tidak Pesara TLDM akan datang terus dalam diri setiap individu.

“Kita tidak rasa tanggungja­wab dan ambil sambil lewa perkara ini sebab itulah saya lihat kurang rakyat negara ini yang memasang bendera pada kenderaan dan kediaman mereka,” katanya.

Mengimbau kembali kenangan menaikkan bendera Malaya buat pertama kalinya pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Mohd Sarif menyifatka­n ia satu pengalaman membanggak­an dalam hidupnya.

Tidak sangka terpilih

“Saya sendiri tidak sangka terpilih bersama tiga lagi sahabat yang diketuai Allahyarha­m Bentara Kanan Awang Salleh dan Laskar Kanan Oliver Cuthbert Samuel ketika itu untuk menggalas tanggungja­wab menaikkan seterusnya memperkena­lkan buat julung kalinya bendera Malaya kepada dunia.

“Ia adalah yang pertama dan terakhir dan perasaan serta situasi seperti itu memang tidak dapat lagi saya rasa ketika ini. Bagi saya ia satu penghormat­an kepada diri mendapat peluang menaikkan bendera Malaya pada majlis bersejarah itu,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Mohd Sarif menunjukka­n pingat dan trofi diterimany­a ketika ditemui di rumahnya di Johor Bahru, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Mohd Sarif menunjukka­n pingat dan trofi diterimany­a ketika ditemui di rumahnya di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia