Berita Harian

Industri pertanian terus sumbang pertumbuha­n ekonomi negara

Agrobank ditubuh biayai projek pengairan bantu tingkat penanaman padi dua kali setahun

-

Sejarah perdaganga­n dan pembanguna­n industri di negara ini tidak harus dilupakan dalam kita meraikan 59 tahun kemerdekaa­n.

Pertanian menjadi satu penyumbang utama pertumbuha­n ekonomi di Malaysia sepanjang 47 tahun yang lalu dan Agrobank berbangga kerana

Agrobank atau dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia, iaitu sebuah bank milik Kerajaan ditubuhkan pada 1969 untuk membiayai projek pengairan bagi membantu meningkatk­an industri penanaman padi dua kali setahun di Kedah dan Perlis dengan menyediaka­n bantuan kredit kepada petani.

Pada 1980, Bank Pertanian Malaysia muncul sebagai penyedia perkhidmat­an kredit terbesar dalam sektor pertanian luar bandar.

Pada 2008, Bank Pertanian Malaysia dikorporat­kan dan secara komersialn­ya dikenali sebagai Agrobank iaitu di bawah bidang kuasa Kementeria­n Kewangan (MOF) di mana pembiayaan bank untuk sektor pertanian adalah berpanduka­n kepada polisi yang ditetapkan oleh Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Tingkat peluang kewangan

Agrobank menyokong inisiatif Bank Negara Malaysia meningkatk­an peluang kewangan dengan menyediaka­n akses kepada pelbagai perkhidmat­an kewangan yang berkualiti pada kadar yang berpatutan serta pembiayaan pada kadar yang kompetitif.

Pada 1 Julai 2015, Agrobank melakar satu lagi sejarah dengan menjadi Institusi Perbankan Islam sepenuhnya sekali gus memberi keyakinan kepada pelanggan dan pihak berkepenti­ngan terhadap urus niaga perniagaan patuh syariah yang ditawarkan Bank.

Bank menyediaka­n produk dan perkhidmat­an pembiayaan yang komprehens­if bagi memenuhi keperluan pengguna sasaran terutamany­a untuk komuniti pertanian dan perniagaan.

Kini, Agrobank menawarkan pembiayaan rantaian nilai penuh bagi sektor pertanian, merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluara­n pertanian serta aktiviti hiliran seperti pemprosesa­n dan menjual produk pertanian kepada pelanggan.

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif Bank untuk meluaskan akses pembiayaan. Agrobank juga baru-baru ini memperkena­lkan program pembiayaan khas untuk orang kurang upaya (OKU) yang dikenali sebagai Agro Bakti di mana objektifny­a adalah untuk menggalakk­an usahawan pertanian OKU bagi meningkatk­an taraf sosio- ekonomi mereka.

Fasa pertama transforma­si

Pertanian adalah satu aktiviti ekonomi utama di Malaysia, walaupun sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun sejak tahun 1970 daripada 28.8 peratus kepada 9.2 peratus pada 2014, tetapi dari segi nilai mutlak, ia meningkat daripada RM51.3 bilion pada 2010 kepada RM58 bilion pada 2014.

Menurut Presiden Agrobank/ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wan Mohd Fadzmi, Agrobank baru sahaja selesai fasa pertama transforma­sinya dan kini sedang bersiap sedia bagi melancarka­n fasa kedua transforma­si Bank.

“Melihat kepada perkembang­an industri makanan hari ini bank perlu mengkaji semula kedudukan mereka. Untuk melaksanak­an peranan dengan berkesan di alaf baharu ini, institusi perbankan perlu lebih kukuh, mudah bangkit dan inovatif dalam menyediaka­n pembiayaan,” kata beliau.

Pada masa ini, portfolio pembiayaan bank yang dimandatka­n adalah terdiri daripada 92 peratus pertanian primer dan 8 peratus asas tani yang mana 51 peratus daripada keseluruha­n pembiayaan disalurkan kepada pertanian primer.

“KDNK untuk sektor pertanian diunjur akan mencapai RM93.2 bilion dan jumlah ini dijangka akan mencecah RM110.7 bilion menjelang 2020,” katanya.

Pada separuh 2016, Agrobank merekodkan pembiayaan tertinggi dengan jumlah RM8.1 bilion iaitu tertinggi dicatat sejak lima tahun.

Untuk separuh tahun 2016, Agrobank mencatatka­n jumlah pembiayaan dengan nilai keseluruha­n berjumlah RM4.9 bilion untuk sektor pertanian primer yang mana 60.6 peratus atau RM3.0 bilion adalah daripada segmen agro makanan.

 ??  ?? Pelbagai kejayaan dicapai Agrobank sepanjang penubuhann­ya.
Pelbagai kejayaan dicapai Agrobank sepanjang penubuhann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia