Berita Harian

Gabenor Kota Makkah pantau tren bawa jemaah

Perkhidmat­an MMMSL operasi 24 jam pada musim haji

- Oleh Nazura Ngah

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kelmarin menerima kunjungan diraja daripada Gabenor Kota Makkah, Putera Mahkota Khalid Faisal Abdul Aziz Al-saud yang melakukan lawatan kerja bagi memantau persiapan perkhidmat­an tren Al Masheer Al Mugadassah Metro Southern Line (MMMSL) di Tanah Suci Makkah sempena musim haji tahun ini.

Prasarana dalam kenyataan semalam menyebut, Putera Mahkota Khalid Faisal merangkap penasihat kepada Raja Arab Saudi dan delegasi diperkenal­kan kepada 27 kapten tren warga tempatan yang menjalani latihan di Malaysia sejak April lalu dan bersedia bersama 8,000 kakitangan MMMSL untuk mengendali­kan perkhidmat­an itu.

Yang turut serta dalam lawatan itu ialah pegawai rasmi kerajaan dan orang kenamaan Arab Saudi. Ketibaan Putera Mahkota Khalid Faisal di stesen Arafah 1 disambut Ketua Pengarah Projek MMMSL, Masnizam Hisham.

Kenyataan menyebut rombongan diraja menaiki tren 12 gerabak dari stesen Arafah 1 ke stesen Mina 3 Jamrat dan dalam perjalanan itu rombongan delegasi turut diberi taklimat mengenai operasi dan penyelengg­araan MMMSL.

Operasi mula 7 September

“Perkhidmat­an MMMSL beroperasi 24 jam pada musim haji dan proses penyelengg­araan berjalan sepanjang tahun. MMMSL akan memulakan operasi pada 7 September ini selama tujuh hari mengikut harihari rukun haji,” kata kenyataan itu.

Kunjungan diraja ke MMMSL adalah sebahagian daripada lawatan menyeluruh mengenai persiapan di tempat suci di Makkah untuk musim haji akan datang.

Sepanjang lawatan itu, Putera Mahkota Khalid Faisal ditunjukka­n pelbagai aspek persiapan seperti pengangkut­an, pencahayaa­n dan pendingin hawa, penyelengg­araan, kemudahan tempat tinggal untuk jemaah, keselamata­n, bekalan air, perkhidmat­an perubatan dan kecemasan.

 ??  ?? Khalid Faisal diperkenal­kan kepada kapten tren warga tempatan yang telah menjalani latihan di Malaysia.
Khalid Faisal diperkenal­kan kepada kapten tren warga tempatan yang telah menjalani latihan di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia