Berita Harian

Bank lantik pemangku pengerusi

-

Kuala Lumpur: Bank Rakyat semalam melantik seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) sebagai pemangku pengerusi bank itu berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan, bank itu berkata, pelantikan tersebut dibuat selepas mendapat kelulusan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Katanya, Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah semalam turut memutuskan penubuhan Board Oversight Committee (BOC), yang juga berkuat kuasa serta-merta bagi tujuan pelaporan oleh pengurusan bank.

Antara tugas BOC ialah memastikan operasi bank berjalan lancar dan segala proses perbankan dilakukan mematuhi piawaian ditetapkan Bank Negara Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia