Berita Harian

Tan Sri direman tujuh hari

4 individu termasuk pengarah urusan bank dibebaskan daripada reman

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Pengerusi sebuah bank tempatan bergelar Tan Sri direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan penyelewen­gan dana bernilai RM15 juta membabitka­n projek penerbitan buku biografi tokoh politik negara.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengarahka­n perintah reman ke atas lelaki berusia 65 tahun itu di Mahkamah Majistret di sini, sehingga 5 September ini.

Lelaki itu ditahan di ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada jam 1.15 tengah hari kelmarin ketika tampil memberi keterangan.

Susulan penahanan itu, akaun peribadiny­a dan keluarga yang berjumlah hampir RM1 juta turut dibekukan SPRM.

Salah guna kedudukan

Dia disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009 kerana menyalahgu­nakan kedudukan.

Sementara itu, empat individu termasuk pengarah urusan bank berkenaan bergelar Datuk, seorang bekas pengarah perolehan bank yang sama dan dua pemilik syarikat penerbitan buku dibebaskan daripada reman selepas siasatan ke atas mereka selesai.

Mereka ditahan reman selama lima hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Selain itu, dua lagi individu kini sedang ditahan reman bagi kes sama iaitu seorang pengarah syarikat penerbitan buku dan seorang pengarah syarikat proksi kepada syarikat penerbitan.

 ??  ?? Pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia membawa pengerusi bank untuk memohon perintah tahanan reman bagi membantu siasatan di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
Pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia membawa pengerusi bank untuk memohon perintah tahanan reman bagi membantu siasatan di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia