Berita Harian

Hilang empat ahli keluarga serentak

Lelaki pilu anak, menantu, duacucu maut nahas pada sambutan hari lahir

- Oleh Yahya Awang dan Farah Suhaidah Othman

Sambutan hari lahir seorang bapa dipenuhi kepiluan apabila menerima berita kematian anak, menantu dan dua cucunya dalam nahas membabitka­n empat kereta, awal pagi semalam.

Pada hari usianya genap mencecah 78 tahun, Abdul Rahim Saad kehilangan anak ke-10, Koperal Ahmad Faizal Abd Rahim, 33; menantu, Nur Fazilah Mat Zani, 33; dan dua anak pasangan itu, Nur Aimi Nadhirah, 8, serta Ahmad Fakhri Naim, 3.

Seorang lagi anak mangsa, Ahmad Faqih Nazmi, 5, cedera dan dilaporkan stabil.

Empat beranak itu maut dalam kemalangan membabitka­n empat kenderaan di Kilometer 405, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), pada jam 1.30 pagi semalam.

Ahmad Faizal bertugas sebagai Ketua Bot Ronda di Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Melaka.

Abdul Rahim kali terakhir bertemu Ahmad Faizal kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, sejurus sebelum mereka sekeluarga bertolak pulang ke Melaka selepas cuti anaknya itu berakhir.

Tiada perubahan sikap

“Tiada pula perubahan sikap atau apa-apa pesanan pelik sebelum balik. Tingkah lakunya sama, salam dan peluk macam biasa.” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Raja Idris, Pokok Assam di sini, semalam.

Abd Rahim dimaklumka­n mengenai kejadian oleh anggota dari Balai Polis Pokok Assam yang datang ke rumahnya jam 3 pagi semalam.

Katanya, polis tiba sejurus beliau selesai mengerjaka­n solat tahajud.

“Mereka minta saya bertenang dan beritahu anak, menantu serta dua cucu saya meninggal dunia akibat kemalangan.

“Saya terdiam, kemudian dibawa ke Balai Polis Pokok Assam,” katanya.

Isterinya, Zainab Hussin, 72, berkata Ahmad Faizal sempat menyatakan hasrat pulang ke kampung untuk Aidiladha sebelum bertolak pulang ke Melaka.

“Dia anak yang baik dan mak cik reda dengan pemergiann­ya,” katanya.

Anak bongsunya, Ahmad Sobri, 32, menemui Allahyarha­m di sebuah kedai burger kira-kira dua jam selepas abangnya itu meninggalk­an kediaman ibu bapa mereka.

“Kami bertemu dalam jam 10 malam dan saya pesan abang supaya telefon jika dah sampai Melaka,” katanya.

 ??  ?? Ahli keluarga menuntut jenazah Ahmad Faizal di unit forensik Hospital Kuala Kubu Bharu, semalam.
awal pagi tadi. Dari kiri Ahmad Faizal, Nur fazilah, serta dua anak mereka, Nur Aimi Nadhirah, 8, dan Ahmad Fakhri Naim, 3. Seorang lagi anaknya Ahmad...
Ahli keluarga menuntut jenazah Ahmad Faizal di unit forensik Hospital Kuala Kubu Bharu, semalam. awal pagi tadi. Dari kiri Ahmad Faizal, Nur fazilah, serta dua anak mereka, Nur Aimi Nadhirah, 8, dan Ahmad Fakhri Naim, 3. Seorang lagi anaknya Ahmad...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia