Berita Harian

Meninggal selepas 18 jam terhumban dari jejambat

-

Shah Alam: Seorang lelaki yang tercampak dari jejambat selepas terbabas di Kilometer 1.0 Lebuhraya Kemuning-shah Alam (LKSA) pagi kelmarin, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Zulhilmi Zakaria, 37, cedera di seluruh badan selepas motosikal ditunggang­nya terbabas sebelum mangsa terhumban ke bawah jejambat di lebuh raya itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Perak ke Kuala Lumpur dan menunggang bersendiri­an.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikaln­ya dan terbabas sebelum terhumban kira-kira enam meter ke bawah jejambat, manakala kenderaann­ya tertinggal di atas jejambat.

Cedera parah

“Ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan sedar dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan.

“Mangsa yang cedera parah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi disahkan meninggal pada jam 4.30 pagi tadi (semalam).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Mangsa dibantu pengguna jalan raya selepas terhumban kira-kira enam meter ke bawah jejambat di kilometer 1.0 LKSA, pagi semalam.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Mangsa dibantu pengguna jalan raya selepas terhumban kira-kira enam meter ke bawah jejambat di kilometer 1.0 LKSA, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia