Berita Harian

Johor pertingkat operasi saringan

Pasukan perubatan bertugas 3 syif, pengimbas haba beroperasi 24 jam

- Oleh S Anand Kumar

Kerajaan Johor memperting­katkan operasi saringan di enam pintu masuk di daerah ini, termasuk pelabuhan dan jeti sebagai usaha berterusan mengesan penularan virus zika.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata pemantauan itu dilakukan menerusi alat pengimbas haba yang beroperasi 24 jam, selain menempatka­n pasukan perubatan bertugas dalam tiga syif secara bergilir-gilir.

Katanya, walaupun sehingga kini tiada jangkitan virus zika dilaporkan di negeri ini, pemantauan khususnya di pintu masuk adalah penting bagi mencegah sebarang penularan penyakit.

“Jabatan Kesihatan Johor pertingkat­kan operasi saringan di enam lokasi, iaitu Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Pasir Gudang, Jeti Stulang Laut dan Terminal Feri Puteri Harbour, Iskandar Puteri.

Titik berat pencegahan

“Sebagai contoh, mengikut statistik tahun lalu, seramai 71 juta orang direkodkan memasuki negeri ini menerusi Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan daripada jumlah itu, saringan dibuat ke atas 541,989 orang,” katanya selepas melawat Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar, semalam.

Ayub berkata, pelawat atau rakyat negara ini yang datang dari Singapura menerusi kedua-dua kompleks CIQ berkenaan, sama ada menggunaka­n kenderaan persendiri­an atau pengangkut­an awam turut diingatkan supaya sentiasa menitikber­atkan langkah pencegahan.

“Bagi pengguna kenderaan, kita menggalakk­an mereka menggunaka­n semburan racun serangga khususnya bagi membunuh nyamuk, bukan sahaja bagi membendung penularan virus zika, malah mencegah wabak denggi,” katanya.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM/BH] ?? Pemandu bas, Noor Hairol Hisham Jamaluddin menyembur racun serangga di dalam bas sambil diperhatik­an Ayub (tengah) di ruang ketibaan bas dari Singapura ketika melawat ke Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM/BH] Pemandu bas, Noor Hairol Hisham Jamaluddin menyembur racun serangga di dalam bas sambil diperhatik­an Ayub (tengah) di ruang ketibaan bas dari Singapura ketika melawat ke Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia