Berita Harian

Hujan berterusan bantu redakan keadaan jerebu

-

Kuala Lumpur: Hanya dua kawasan mencatatka­n bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat semalam akibat cuaca berjerebu yang melanda sesetengah kawasan di negara ini.

Dua kawasan berkenaan ialah Shah Alam dengan bacaan IPU 103, manakala Nilai, Negeri Sembilan pula dengan IPU 112. Sebanyak 25 kawasan mencatatka­n IPU tahap baik, manakala 22 kawasan dengan IPU tahap sederhana.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih memantau rapi status kualiti udara di seluruh negara berikutan kejadian jerebu masih tidak menentu.

“Hujan sejak pagi tadi (semalam) di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjun­g sikit sebanyak membantu mengurangk­an keadaan berjerebu teruk yang dialami semalam (kelmarin),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, katanya, titik panas di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia yang masih aktif boleh menyebabka­n pencemaran jerebu rentas sempadan berterusan ke Pantai Barat Semenanjun­g dan Sarawak.

Beliau berkata, berdasarka­n laporan Pusat Meteorolog­i Khas ASEAN (ASMC) di Singapura kelmarin, satu titik panas dikesan di Sumatera, Indonesia, manakala 15 titik panas pula dikesan di Kalimantan.

“Jumlah sebenar titik panas di Sumatera tidak dapat ditentukan kerana litupan awan. Dalam negara pula, tiga titik panas dikesan di Sabah, iaitu di Kudat dan kawasan pedalaman, manakala satu dikesan di Miri, Sarawak,” katanya.

Elak pembakaran terbuka

Wan Junaidi juga mengingatk­an orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah dan premis diceroboh sehingga menyebabka­n pembakaran terbuka bagi mengelak jerebu menjadi serius.

“Mereka yang disabitkan kesalahan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia