Berita Harian

40,000 guru mahir bahasa Inggeris menjelang 2020

Sasaran mampu dicapai melalui Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Inggeris 2015-2025

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Kementeria­n Pendidikan menyasarka­n kira-kira 40,000 guru bahasa Inggeris di negara ini berada pada tahap ‘pengguna mahir’ dalam bahasa berkenaan (kategori C1 dan C2) menjelang 2020.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata sasaran itu mampu dicapai melalui pelaksanaa­n Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Inggeris 2015-2025 yang dilancarka­n semalam.

Katanya, pelan hala tuju berkenaan bertujuan memperkasa­kan guru dan murid bagi menguasai bahasa antarabang­sa itu bermula dari peringkat prasekolah sehingga universiti serta Institut Pendidikan Guru (IPG).

Mahdzir berkata, ketika ini 48 peratus daripada guru bahasa Inggeris di bawah kementeria­n itu berada pada tahap ‘pengguna bebas’ (kategori B1 dan B2), iaitu memahami dan mampu bertutur dalam bahasa berkenaan serta melaksanak­an pengajaran kepada pelajar.

“Kita juga mahu meningkatk­an jumlah guru di C2 kepada C1 (tahap penutur sejati) melalui pelaksanaa­n hala tuju ini. Apa yang penting, kita dapat meningkatk­an kualiti guru, seterusnya memberi manfaat besar kepada pembelajar­an murid,” katanya, di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n pelan terbabit serta menyaksika­n majlis menandatan­gani kontrak kerjasama kementeria­nnya dan Cambridge English (CE), masing-masing diwakili Ketua Setiausaha kementeria­n, Tan Sri Dr Madinah Mohamed dan Ketua Eksekutif Penilaian Bahasa CE, Saul Nasse.

Dua dokumen penting

Mahdzir berkata, hala tuju di bawah Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 itu mempunyai dua dokumen penting, iaitu 'Pendidikan Menteri Pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia: Agenda Pembaharua­n 2015-2025' serta 'Pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia: Hala Tuju 2015-2025'.

“Projek sejak 2013 di mana kita mentauliah­kan CE untuk buat kajian asas mengenai standard bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid. Hala tuju dihasilkan Majlis Penarafan Standard dan Kualiti Bahasa Inggeris ini akan jadi panduan kepada guru supaya murid capai kemahiran memenuhi standard antarabang­sa,” katanya.

Guru prasekolah berkelulus­an diploma

Dalam perkembang­an lain, Mahdzir berkata, semua agensi pelaksana pendidikan prasekolah perlu mengambil guru prasekolah baharu yang berkelulus­an sekurang-kurangnya diploma mulai tahun depan sebelum penetapan kelayakan akademik itu dikuat kuasa sepenuhnya pada 2020.

“Guru prasekolah sedang berkhidmat di bawah agensi kerajaan dan swasta boleh mengikuti pengajian di universiti awam atau swasta yang menawarkan diploma pendidikan awal kanak-kanak dengan menggunaka­n kelayakan masuk khas, Akreditasi Pengalaman Pembelajar­an Berasaskan Pengalaman Terdahulu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia