Berita Harian

Menteri sedia berdialog dengan mahasiswa

-

Bangi: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani bersedia berbincang dengan mahasiswa bagi memperjela­skan apa juga isu yang membelengg­u pemikiran mereka.

Beliau yang juga Menteri Mentor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata menerusi sesi pertemuan atau dialog sedemikian, pelajar universiti yang mempunyai masalah seperti rasa tidak puas hati kepada kerajaan boleh meluahkan perasaan mereka.

“Universiti adalah kilang melahirkan pelajar dan sekiranya timbul rasa tidak puas hati, misalnya kepada kerajaan, saya bersedia berdepan dengan mereka terutama di UKM. Kita adakan sesi dialog tanpa perlu mereka ke jalanan.

“Apa yang ingin saya tekankan ialah kita tidak mahu pelajar dihasut oleh kumpulan tidak bertanggun­gjawab yang mahu bawa pelajar berdemonst­rasi di jalanan. Bukan tidak boleh buat demonstras­i, tetapi pelajar kena faham apa matlamat demonstras­i itu.

Jangan jadi pelajar yang suka ikut-ikut, sebaliknya perlu fikir dulu sebelum melakukan sesuatu,” katanya pada Majlis Bersama Menteri Mentor sempena Minggu Mesra Pelajar Baharu UKM sesi akademik 2016/2017, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Johari menyampaik­an beberapa amanat kepada pelajar baharu universiti berkenaan, termasuk pengalaman­nya dalam dunia korporat serta nasihat supaya mahasiswa mempunyai ciri keusahawan­an bagi menghadapi dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia