Berita Harian

Pacu kemajuan pendidikan negara

YBR taja Seminar Didik Rakyat UPSR di Putrajaya

- Oleh Siti Syahirah Suhaimi KUALA LUMPUR

Yayasan Bank Rakyat menjalanka­n pelbagai program untuk membentuk murid menjadi cemerlang di dalam akademik dan kokurikulu­m.

Pengurus Perpustaka­an YBR, Zatul Hasanah Mohamed Radzhuan, berkata sebagai contoh YBR juga menganjurk­an pertanding­an bola sepak untuk muridmurid sekolah rendah.

Pada masa yang sama, katanya, yayasan itu bekerjasam­a dengan BH untuk melaksanak­an 50 Seminar Didik Rakyat di bandar dan pedalaman.

Beliau berkata, seminar berkenaan membabitka­n calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Cemerlang pelajaran

“Penganjura­n seminar itu bertujuan melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai dan cemerlang dalam pelajaran.

“YBR amat menitikber­atkan pendidikan dalam kalangan masyarakat,” katanya selepas seminar itu di sini, barubaru ini.

Program sehari itu berlangsun­g di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Berdasarka­n pemerhatia­n YBR sejak beberapa tahun lalu, Zatul berkata, seminar dengan kerjasama BH itu berjaya membantu calon peperiksaa­n menjawab soalan dengan tepat dan berkesan.

Katanya, BH membawa guru cemerlang yang masih berkhidmat dengan Kementeria­n Pendidikan dan berpengala­man untuk menyampaik­an ceramah bagi subjek tertentu.

“YBR percaya tanggungja­wab sosial kepada masyarakat ini bukan sahaja berupaya melahirkan rakyat yang berkualiti dan berdaya saing, malah membantu kemajuan pendidikan negara,” katanya.

Tarikh: 17- 18 September

Subjek Sains: Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan Hubungi: 019-4784264 (Puan Yati) 03-20569863, 03-20569284 (Kios BH)

→ Tempat: Dewan Seminar, Anjung Riong NSTP

Tarikh: 24 - 25 Sept (Sabtu-ahad) Subjek: BM, BI,

Matematik dan Sejarah

Hubungi: 03-20569863, 03-20569284 (Kios BH)

 ?? [FOTOOWEE AH CHUN/BH] ?? Peserta Seminar Didik Rakyat UPSR peringkat Putrajaya anjuran YBR yang diadakan di Kompleks Perbadanan Putrajaya.
[FOTOOWEE AH CHUN/BH] Peserta Seminar Didik Rakyat UPSR peringkat Putrajaya anjuran YBR yang diadakan di Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia