Berita Harian

Wanita dicerai tak perlu keluar rumah

Boleh buat laporan jika diusir, demi kepentinga­n tuntutan nafkah

-

Wanita yang dicerai diingatkan supaya tidak meninggalk­an rumah sehingga habis tempoh edah demi kepentinga­n tuntutan nafkah.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tan Sri Ibrahim Lembut, berkata wanita berhak untuk tidak meninggalk­an rumah dan tinggal bersama anak.

Katanya, wanita terbabit juga boleh membuat laporan sekiranya diusir keluar.

Beliau berkata, mereka juga boleh memohon untuk terus tinggal di rumah yang didiami melalui proses yang akan dilakukan peguam syarie.

“Salah prinsip apabila seorang wanita itu keluar rumah sebaik diceraikan suami. Sekalipun bercerai, mereka kena duduk di situ (rumah) selagi tidak dihalau suami,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliah­an Peguam Syarie Negeri Melaka kali ke-2 tahun 2016 di sini, semalam.

Majlis yang menyaksika­n pentauliah­an 100 peguam syarie itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan turut dihadiri Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Melaka, Mohd Radzi Abd Latif.

Proses dapatkan nafkah

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, wanita yang diceraikan dan diusir keluar dari rumah perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam, Mahkamah Syariah dan polis.

Katanya, laporan berkenaan sebagai bukti isteri yang diceraikan dianiaya dan memudahkan proses mendapatka­n pembayaran nafkah daripada suami mereka.

Sementara itu, beliau berkata, pembayaran nafkah oleh suami adalah wajib dan ia adalah dosa besar sekiranya ia tidak dijelaskan dengan sempurna.

“Golongan suami yang enggan membayar nafkah boleh dihukum penjara. Sekiranya nafkah sebulan tidak dibayar mereka boleh dipenjara selama sebulan,” katanya.

Ibrahim berkata bagaimanap­un pembayaran nafkah itu boleh ditangguhk­an sementara jika bekas suami menghadapi masalah kewangan.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] ?? Idris membaca watikah pelantikan yang diterimany­a daripada Mohd Radzi pada Majlis Pentauliah­an Peguam Syarie Negeri Melaka kali ke-2 tahun 2016 di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), Ayer Keroh, semalam.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] Idris membaca watikah pelantikan yang diterimany­a daripada Mohd Radzi pada Majlis Pentauliah­an Peguam Syarie Negeri Melaka kali ke-2 tahun 2016 di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia