Berita Harian

Remaja ambil inisiatif rai 10 veteran tentera, polis

Daniel Ariff usaha cari, kumpul pejuang seluruh kampung

- Oleh Aslina Abu Bakar

Walaupun baru berusia 16 tahun, seorang remaja memahami erti perjuangan menjaga negara apabila mengambil inisiatif mengumpul dan meraikan 10 veteran tentera dan polis dari Kampung Mengabang Telipot di sini, pada majlis makan malam.

Bagi Daniel Ariff Azmi, 16, pengorbana­n pejuang menuntut kemerdekaa­n ketika zaman penjajahan serta mempertaha­nkan negara tidak ternilai dan sukar dibalas, namun sekurang-kurangnya usaha mereka perlu dihargai.

Semangat patriotism­e

“Sekarang, kalau kita tengok semangat patriotism­e dalam kalangan generasi muda semakin menurun. Mereka lebih mementingk­an keseronoka­n dan media sosial.

“Saya tiada pengalaman berjuang untuk mendapatka­n kemerdekaa­n, tetapi apa yang boleh saya lakukan ialah mengingati hari bersejarah itu dengan meraikan pejuang yang masih ada,” katanya yang ditemui selepas majlis berkenaan, malam kelmarin.

Hayati subjek Sejarah

Daniel Ariff yang turut menguruska­n Restoran Pantai Kolam Seafood Mengabang Telipot, berkata kesedarann­ya terhadap pengorbana­n pejuang negara timbul apabila beliau mempelajar­i subjek Sejarah ketika di Tingkatan Tiga, tahun lalu.

“Cikgu sentiasa menerapkan semangat patriotism­e dalam kalangan pelajar menyebabka­n saya terharu dengan perjuangan askar dan polis. Oleh itu, saya mengambil peluang mencari veteran yang ada di kampung ini untuk diraikan.

“Alhamdulil­lah, selepas dua minggu saya berjaya mengumpul serta berkongsi pengalaman dengan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia