Berita Harian

Negeri Sembilan sedia ambil alih tapak megalitik

Kerajaan bakal bincang JWN awal bulan depan sebelum memperinci urusan

- Oleh Ifwan Tun Tuah

Kerajaan negeri bersedia mengambil alih penyelengg­araan Tapak Megalitik Pengkalan Kempas di sini daripada Jabatan Warisan Negara (JWN) yang tiada peruntukan bagi menguruska­n tapak bersejarah itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Abd Razak Ab Said, berkata pihaknya bagaimanap­un akan berbincang lanjut dengan JWN awal bulan depan sebelum memperinci­kan urusan mengambil alih tapak itu secara rasmi bagi mengelakka­n masalah berbangkit.

“Kawasan itu diiktiraf JWN sebagai Tapak Arkeologi Warisan Kebangsaan, ada nilai sejarah amat besar. Kerajaan negeri tidak mahu ia musnah disebabkan tidak dijaga dengan baik dan kita amat menghargai tapak bersejarah serta sentiasa berusaha memastikan kawasan itu dipelihara dengan sempurna.

Tinggi nilai sejarah

“Tapak Megalitik itu berusia ratusan tahun, ada potensi besar sebagai tarikan pelanconga­n kerana nilai sejarahnya amat tinggi,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas laporan BH baru-baru ini mengenai tapak tamadun purba yang turut dikenali sebagai Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, berusia lebih 600 tahun itu terbiar tanpa penyelengg­araan disebabkan JWN tiada peruntukan.

Keadaan uzur

Selain ditumbuhi lalang, pokok tumbang tidak dialihkan dan perigi lama dipenuhi sampah sarap serta berbau busuk, struktur bangunan di kawasan menempatka­n makam Syeikh Ahmad Majnun yang dibina pada 1467 serta batu megalitik itu juga dalam keadaan uzur.

Syeikh Ahmad Majnun, pendakwah terkenal zaman Kesultanan Melayu Melaka yang bertaraf wali dan makamnya dikatakan makam Islam paling tua di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia