Berita Harian

Kes curi kad MSAN milik TM dibongkar

-

Alor Setar: Polis melumpuhka­n kegiatan curi kad rangkaian akses pelbagai perkhidmat­an (MSAN) di kabinet milik Telekom Malaysia (TM) negeri dengan penahanan empat lelaki, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata suspek berusia antara 25 hingga 40 tahun itu dipercayai aktif sejak April lalu.

Katanya, mereka ditahan di beberapa lokasi di Sungai Petani melalui Ops Cantas Telko/tm, bermula jam 1 pagi Jumaat hingga 9 pagi Ahad lalu.

Susulan penahanan itu, polis merampas 40 keping kad MSAN, 20 modem dan beberapa komputer riba serta monitor bernilai lebih RM40,000 di sebuah premis perniagaan barang lusuh di Kawasan Perindustr­ian Ringan Angsana, Sungai Petani.

“Seorang suspek mendakwa sebagai anak bekas vendor TM manakala seorang lagi mengaku sebagai bekas pekerja kontrak TM.

“Dua lagi adalah peniaga barangan lusuh.

“Siasatan mendapati kecurian kad MSAN dipercayai didalangi suspek yang berkemahir­an mengenai selok-belok kerja teknikal sebelum dijual di pasaran gelap dalam dan luar negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.

52 laporan polis

Mohd Nashir berkata, kes bukan sahaja direkodkan di Sungai Petani malahan juga Pulau Pinang dan Perak.

“Kecurian kad MSAN milik TM mula dikesan April lalu, membabitka­n lebih 52 laporan polis dibuat dengan kerugian dianggar mencecah RM850,000.

“Suspek direman enam hari sejak Sabtu lalu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Barang Lusuh 1946 (Peniaga Barang Terpaksa 1946),” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, polis giat memburu Shahmizal Mat Isa, 35, atau dikenali sebagai Kenit beralamat di No 264, Taman Seri Impian, Sungai Petani, bagi membantu siasatan kes.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mohd Nashir (dua dari kanan) menunjukka­n sebahagian daripada 40 kad MSAN milik Telekom Malaysia (TM) yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, semalam.
[FOTO BERNAMA] Mohd Nashir (dua dari kanan) menunjukka­n sebahagian daripada 40 kad MSAN milik Telekom Malaysia (TM) yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia