Berita Harian

Pegawai polis disyaki rogol anak kembar

Mangsa dakwa dirogol, cabul ketika ibu tiada di rumah

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Polis Sabah menyiasat laporan berhubung seorang pegawai kanan polis di sebuah daerah di bahagian pedalaman negeri ini yang didakwa merogol dan mencabul anak kembarnya berusia 14 tahun.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, mengesahka­n menerima laporan berkenaan.

“Kita masih siasat kesahihan laporan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, pasangan kembar perempuan yang juga anak suspek hasil perkahwina­n dengan isteri pertama, membuat laporan di Balai Polis Karamunsin­g di sini, dan mendakwa seorang daripada mereka dirogol manakala seorang lagi dicabul.

Rogol di kuarters IPD

Berdasarka­n laporan itu, mangsa pertama mendakwa dirogol penghujung Julai lalu, manakala mangsa kedua dicabul pada 26 Ogos lalu.

Kedua-dua kejadian dikatakan berlaku di kuarters pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) daerah berkenaan, ketika ibu mangsa tiada di rumah.

Mangsa turut mendakwa dicabul oleh suspek sejak berusia tujuh tahun dan kejadian berlaku lebih 10 kali.

Kedua-dua mangsa turut mendakwa diugut jika tidak memenuhi permintaan suspek atau memberitah­u kejadian itu kepada ibu mereka.

Bagaimanap­un, kedua-dua mangsa membuat laporan polis sebaik menceritak­an kejadian itu kepada ibu mereka dan melarikan diri ke daerah ini, Ahad lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia