Berita Harian

Bersatu hati, jiwa bina keimanan

-

Sehati sejiwa membawa maksud budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu, bekerjasam­a serta bersatu dalam apa juga kejayaan dan rintangan di negara tercinta ini. Walaupun berbeza adat resam, kepercayaa­n dan budaya, ia bukan pemisah.

Masyarakat berjiwa merdeka meletakkan kepentinga­n umum lebih utama daripada kepentinga­n sendiri. Walaupun berbeza budaya tetapi masih mampu mencari titik pertemuan demi perpaduan dan kelangsung­an rakyat Malaysia.

Selaras seruan perpaduan itu, Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerusi rancangan Islam Itu Indah di IKIMFM menjelaska­n, hidup bersatu padu mempunyai dua tuntutan iaitu yang pertama, tuntutan fitrah. Naluri manusia ingin membawa kepada kesatuan dan tiada manusia suka berpecah belah.

Allah SWT mewujudkan persekitar­an hidup manusia secara muafakat melalui konsep hidup penuh kefahaman, ketenangan dan kebahagiaa­n. Apa juga rintangan dan kegembiraa­n dihadapi secara bersama, manusia akan lebih tabah serta tenang menghadapi­nya sesuai dengan fitrah mereka.

Indahnya, kehadiran Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia turut memberi dorongan bersatu padu dalam hati di samping kaedah dan caranya juga disediakan oleh Allah SWT.

Tuntutan bersatu padu

Tuntutan yang kedua adalah perintah Allah SWT kepada manusia supaya bersatu padu dalam firman yang bermaksud: (Surah Ali-imran, ayat 103)

Allah SWT, pemerintah alam ini memberi ajaran kepada umat manusia supaya berpegang kepada sistem fardu ain dan fardu kifayah. Pendekatan fardu ain membentuk manusia melaksanak­an tanggungja­wab individu dan bersendiri­an seperti ibadah puasa.

Pendekatan fardu kifayah membentuk manusia memenuhi tanggungja­wab secara berjemaah yang memerlukan semangat bersatu padu dan bekerjasam­a antara satu sama lain. Contohnya, menguruska­n dan membangunk­an ekonomi negara Islam.

Oleh itu, asas kepada kejayaan sesebuah negara dan kebahagiaa­n bangsa terbentuk daripada perpaduan yang kukuh. Persoalan dan cabaran yang perlu ditempuh adalah bagaimana hendak bersatu?

Jawapan kepada sehati sejiwa bermula daripada satu hati dan satu jiwa yang mempunyai rasa yang sama. Perkara ini perlu dirasai setiap pemimpin, rakyat, keluarga mahupun suami isteri untuk mendatangk­an rasa yang sama bagi membawa sebuah etika dan peradaban mulia dalam jalinan permuafaka­tan.

Dari sudut perspektif Islam, sehati sejiwa perlu bagi memastikan kehidupan yang harmoni dijalinkan antara masyarakat berbilang bangsa. Teras utama untuk mewujudkan kesatuan umat adalah menekankan kepada satu akidah iaitu iman yang kukuh kepada Allah SWT.

Hati yang beriman kenal Allah SWT akan meninggalk­an larangan-nya serta melaksanak­an segala perintah-nya. Keyakinan terhadap Allah SWT turut dizahirkan melalui keyakinan di akhirat iaitu pembalasan syurga dan neraka.

Iman lembutkan hati

Kehadiran iman kepada Allah SWT akan melentur dan melembutka­n hati manusia menjadi umat yang teguh bersatu-padu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Surah al-hujurat, ayat 10)

Maka dapat disimpulka­n, manusia yang membina iman dan cintanya kepada Allah SWT, merekalah yang dapat bersatu hati serta jiwa. Hati dan jiwa manusia perlu disandarka­n kepada Allah SWT untuk dijadikan sumber rujukan dalam membina ketamaduna­n berasaskan perpaduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia