Berita Harian

Baring sebelah kanan cara Rasulullah tidur

-

Barra’ bin Azib berkata, “Apabila Nabi Muhammad SAW baring di tempat tidurnya, Baginda tidur pada sebelah kanan badannya. Kemudian Baginda berdoa: Ya Allah, saya serahkan jiwa saya kepada-mu. Saya hadapkan wajah saya kepada-mu. Saya serahkan setiap urusan saya kepada-mu. Saya kembalikan tubuh badan saya kepada-mu. Semuanya saya lakukan kerana saya cinta dan takut kepada-mu. Tidak ada tempat bergantung dan tempat yang selamat, melainkan kepada-mu. Saya beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan kepada nabi yang Engkau utuskan.” (Riwayat Bukhari)

Digalak berdoa, zikir ketika berbaring

Etika tidur dan baring ialah kita hendaklah berbaring pada bahagian sebelah kanan badan dan digalakkan juga selalu berdoa serta berzikir ketika berbaring kerana amalan itu akan memberi kebaikan serta ganjaran ibadah.

Sebelum tidur dinasihatk­an mengambil wuduk dan selepas berbaring hendaklah kita berdoa kepada Allah SWT serta memohon diberi kebaikan kepada diri serta keluarga.

Aisyah binti Abu Bakar berkata: “Nabi Muhammad SAW sembahyang 11 rakaat pada sebahagian waktu malam. Kemudian selepas masuk waktu Subuh, Baginda sembahyang dua rakaat yang ringkas. Selepas itu, beliau baring pada sebelah kanan tubuhnya, sehingga juruazan datang dan memaklumka­n kepada

Baginda orang ramai sudah datang hendak bersembahy­ang Subuh berjemaah dengan Baginda.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia