Berita Harian

Waktu kerja fleksibel pilihan utama

Wanita ingin kembali bekerja harap majikan mesra keluarga

- Oleh Norhafzan Jaafar

Jadual kerja yang lebih fleksibel dan kebebasan bekerja dari rumah antara kriteria pekerjaan yang dicari kebanyakan wanita yang mahu kembali dalam dunia kerjaya selepas mengambil keputusan berehat atas sebab tertentu.

Kebanyakan wanita mengharapk­an majikan bersikap lebih mesra keluarga, selain diberikan kebebasan bekerja dari rumah terutama jika dalam keadaan kecemasan yang memerlukan mereka bersama keluarga.

Rozaki Husain, 49, berkata perkembang­an teknologi maklumat dan media sosial masa kini sepatutnya dimanfaatk­an sepenuhnya oleh majikan bagi membantu wanita yang mahu kembali bekerja supaya bakat dan pengalaman mereka tidak dipersiaka­n begitu sahaja.

“Saya percaya jika banyak organisasi yang memberi peluang kami bekerja dari rumah lebih ramai wanita yang akan kembali dalam dunia pekerjaan.

“Sayang sekali kerja dari rumah belum menjadi budaya di negara kita walaupun sudah banyak negara di Barat yang mempraktik­kan amalan ini bagi membantu wanita berkeluarg­a,” katanya.

Rozaki yang sudah empat tahun berhenti kerja ditemui di pameran

anjuran Talent Corporatio­n Malaysia (Talentcorp), baru-baru ini.

Pameran kerjaya tahunan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha menggalakk­an wanita yang meninggalk­an kerjaya supaya kembali menyertai sektor pekerjaan.

Lebih 350 wanita mengunjung­i pameran yang turut disertai lebih 20 majikan dengan lebih 200 peluang pekerjaan sepenuh masa dan fleksibel.

Antara syarikat yang menyertai pameran itu termasuk Alliance Bank, Ambank, AXA, Celcom, Dell, FELDA, Gamuda, Shell dan Schlumberg­er.

Pameran kerjaya

Bagi Saranpal Kaur, 39, yang berhenti kerja sejak tiga tahun lalu atas alasan keluarga, berkata kunjungan ke pameran kerjaya seperti itu diharapkan mampu membuahkan hasil apabila beliau sudah cukup bersedia untuk kembali dalam bidang pekerjaan.

“Apa yang saya harapkan majikan yang mengambil bahagian dalam pameran ini memberikan kami waktu kerja yang lebih fleksibel untuk memudahkan kami menyesuaik­an diri dengan keadaan selepas tidak bekerja dalam tempoh tertentu.

“Sebagai tenaga kerja yang berpengala­man

 ?? [FOTO YAZIT RAZALI/BH] ?? Orang ramai mengunjung­i pameran kerjaya Career Comeback Networking & Job Fair Talentcorp, baru-baru ini. anjuran
[FOTO YAZIT RAZALI/BH] Orang ramai mengunjung­i pameran kerjaya Career Comeback Networking & Job Fair Talentcorp, baru-baru ini. anjuran
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia