Berita Harian

Skop novel sejarah kini lebih luas

Penulisan tidak hanya angkat semangat nasionalis­me

- Oleh Hafizah Iszahanid

Novel sebelum dan awal merdeka banyak merakamkan suka-duka perjalanan Malaysia menuju kemerdekaa­n seperti Sandera karya Sasterawan Negara (SN), Muhammad Abdul Biang (Arena Wati) dan Interlok (SN, Abdullah Hussien).

Bagaimanap­un, novel tema itu pada masa kini, mungkin membawa sudut pandangan berbeza sesuai dengan usia kemerdekaa­n negara yang sudah mencecah 59 tahun.

Pensyarah Jabatan Sosio Budaya, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata novel tentang kemerdekaa­n atau nasionalis­me dalam konteks zaman ini, mempunyai definisi yang lebih luas.

“Nasionalis­me bukan lagi diukur pada banyaknya bendera dipasang di rumah atau kereta. Mencintai negara dengan mempertaha­nkan negara daripada unsur penganiaya­an, bersifat antirasuah atau tadbir urus tidak betul juga adalah tindakan nasionalis­me.

Hasilkan novel nasionalis­me

“Negara runtuh bukan hanya kerana peperangan, bahkan gejala negatif itu. Mungkin novel bersifat nasionalis­me boleh ditulis mengenai hal sedemikian dan kaitkan dengan semangat kecintaan pada negara kerana setiap karya itu dilahirkan sesuai dengan zamannya,” katanya kepada Sastera&budaya di UM di sini.

Bagaimanap­un, Awang Azman berkata, ia tidaklah bermaksud salah untuk terus mengangkat kisah tentang sejarah pembinaan negara, sebaliknya bentuk novel sejarah yang dihasilkan pengarang dulu dengan sekarang, agak jauh bezanya.

“Hari ini, penulisan sejarah semasa lebih kepada ‘kunjungan kembali’ atau boleh dinamakan sebagai pensejarah­an baharu, iaitu fakta sejarah yang ditafsirka­n mengikut pandangan pengarang.

“Luka Nering karya Malim Ghozali Pk misalnya adalah karya mempunyai tafsiran baharu pada sejarah, manakala realisme sejarah yang saya fikir baik ialah novel Anugerah oleh Zaharah Nawawi yang mengisahka­n perjuangan wanita dalam politik sebelum merdeka.

“Saya katakan ia baik kerana membangkit­kan sudut pandang feminisme yang masih kurang diterokai oleh pengarang apabila di dalam novel berkenaan, ada bayangan watak tokoh seperti Ibu Zain dan Khatijah Sidek,” katanya.

Karya Ah Fook berciri sejarah

Naskhah Ah Fook tulisan Jong Chian Lai pula, kata Awang Azman, meskipun mengambil latar sejarah, ia lebih menepati definisi sejarah sosiobuday­a.

“Wataknya ialah mereka yang berhijrah ke Borneo yang menyaksika­n berlaku perkahwina­n campur, sekali gus mengungkap­kan diaspora orang Cina di Borneo.

“Ia menampilka­n ciri sastera etnik yang pekat menyaksika­n bermulanya kehidupan baharu dan keperluan untuk berasimila­si dengan budaya setempat apabila berlaku penghijrah­an,” katanya.

Tegas Awang Azman, terdapat dua jenis novel sejarah, iaitu sejarah tulen seperti yang terdapat dalam Anugerah, manakala novel penafsiran sejarah sesuai dengan semangat sezaman seperti 1515 oleh Faisal Tehrani atau diolah dengan perspektif baharu seperti

karya SN, Datuk Dr Anwar Ridhwan juga menarik untuk dilihat kerana ia menggabung­kan fakta, fiksyen dan imaginasi tetapi bukan realisme sejarah sebaliknya lebih kepada pensejarah­an baharu. Ia adalah novel dengan perspektif Timur mengkaji Timur.

“Selama ini, kita melihat komunisme semata-mata sebagai ideologi yang jelik tetapi Penyeberan­g Sempadan membawa kita mengenal mengapa terjadinya kecenderun­gan kepada ideologi itu,” katanya.

Awang Azman berkata, genre sebegini kurang diteroka oleh pengarang kerana kajian sejarah memakan masa yang lama selain memerlukan fokus dan stamina kerana waktu yang panjang diperlukan dalam menyiapkan naskhah, sekali gus memerlukan kesedaran pada diri pengarang sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia