Berita Harian

Rangka pelan strategik majukan teater Melayu

-

Kuala Lumpur: Pelan strategik memajukan teater Malaysia perlu dirangka untuk memulihkan seni teater Melayu yang dianggap ketinggala­n berbanding teater Inggeris di negara ini.

Penggiat seni tanah air, Roslan Madun, berkata antara idea penting yang akan dibincangk­an dalam pelan strategik itu ialah penubuhan akademi teater di setiap negeri.

“Penubuhan institusi pembelajar­an teater dengan model Akademi Teater Perak itu juga mengambil mekanisme yang dibuat dalam rancangan televisyen realiti.

“Ia juga bertepatan dengan saranan supaya pembelajar­an seni teater diterapkan sejak peringkat kanak-kanak,” katanya. Beliau berkata demikian kepada BH di sini, semalam.

Bincang cadangan majukan teater

Ahad lalu, seramai 100 penggiat teater Melayu menyertai Forum Tekad Budaya di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di sini, untuk membincang­kan cadangan memajukan teater Malaysia.

Yang turut hadir Presiden PENA, Dr Mohamad Saleeh Rahamad dan penggiat teater, Che Shamsudin Othman atau lebih dikenali sebagai Dinsman.

Beliau berkata, penggiat teater dari kalangan guru melontarka­n persoalan mengapa pembelajar­an teater tidak diletakkan dalam kokurikulu­m di sekolah, sekali

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Dinsman menunjukan buku Pemikiran dan Perancanga­n Seni Budaya pada forum Tekad Budaya di Rumah PENA, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Dinsman menunjukan buku Pemikiran dan Perancanga­n Seni Budaya pada forum Tekad Budaya di Rumah PENA, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia