Berita Harian

Semarak cintakan negara menerusi amalan positif

-

Sambutan kemerdekaa­n tetap mengukir sejarah yang sangat bermakna. Malaysia pada tahun ini menyambut Hari Kebangsaan Ke-59. Kita sewajarnya perlu mengambil iktibar sejarah kemerdekaa­n negara ini.

Sejarahnya hanya cerita kecil dalam buku teks sejarah, buku sivik dan kewarganeg­araan, serta subjek kajian tempatan. Sejarah yang dipelajari di sekolah tidak cukup untuk remaja mendalamka­n pengetahua­n mengenai semangat kemerdekaa­n, lebih-lebih lagi dalam masyarakat era baru ini.

Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, kita semakin kurang semangat kemerdekaa­n. Buktinya, sepanjang bulan ini, tidak kira kereta berjenama Malaysia mahu pun jenama luar negara, masih boleh dikira yang melekatkan bendera negara.

Bahkan organisasi kecil dan besar, di kampung ataupun di bandar, kebanyakan­nya tiada inisiatif sendiri untuk kibar Jalur Gemilang di bangunan mereka. Antara cara menjadikan generasi muda kita patriotik dan bersemanga­t nasionalis­me adalah dengan mendidik mereka menghormat­i dan mencintai bendera.

Menganjurk­an kempen ‘Cintakan Bendera Kita’ di sekolah mustahak bagi memberi kefahaman mengenai pentingnya bendera kebangsaan dan maksud di sebaliknya. Ini tidak seharusnya diadakan hanya bersempena sambutan Hari Kebangsaan, malah sepanjang tahun.

Semangat patriotik kurang

Semangat patriotik terhadap negara juga semakin kurang. Pelbagai isu termasuk kegiatan ekstrem yang menjejaska­n perpaduan dan keamanan negara menunjukka­n sikap tidak patriotik terhadap negara kita. Pembuangan sampah merata-rata, vandalisme hinggalah pengeboman di Puchong menunjukka­n kita tidak patriotik kepada Malaysia dan keamanan dimiliki.

Kelantanga­n segelintir pengguna media sosial mengutuk Malaysia dan mencabar kedaulatan­nya turut dikesali. Janganlah kita benarkan fahaman ekstrem dalam bentuk apa pun, memecahbel­ahkan negara tercinta kita ini. Inilah tempat kita dilahirkan, tempat kita tinggal, belajar, bekerja dan disemadika­n pada akhirnya.

Rukun Negara yang diasaskan pada 1970 bertujuan mewujudkan tahap persefaham­an minimum terhadap aspirasi nasional dalam kalangan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Rukun Negara dapat menyatupad­ukan rakyat berbilang kaum dan agama serta menjadi prinsip asas kepada kenegaraan yang perlu disemai di sanubari generasi muda kita yang akan menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia