Berita Harian

Itali selamatkan 6,500 pendatang

-

Rome: Kira-kira 40 misi penyelamat Itali yang berasingan berjaya menyelamat­kan 6,500 pendatang asing dari perairan Libya, kelmarin.

Difahamkan, ia adalah angka terbesar kes pelarian dalam tempoh satu hari, sepanjang tahun ini

Rakaman video menunjukka­n pendatang, dipercayai dari Eritrea dan Somalia, bersorak dan berenang ke kapal penyelamat, manakala yang lain membawa bayi ke atas kapal.

Semalam, lebih daripada 1,100 orang pekerja asing diselamatk­an di kawasan yang sama. Ketidaksta­bilan di Libya menjadikan negara ini sebagai hab bagi perdaganga­n manusia.

2,726 orang terbunuh

Menurut Pertubuhan Antarabang­sa bagi Migrasi (IOM), dianggarka­n 106,000 orang tiba di Itali, tahun ini manakala 2,726 terbunuh dalam cubaan itu.

IOM berkata, terdapat lebih 275,000 pendatang di Libya menunggu untuk menyeberan­g.

Secara keseluruha­n, kira-kira 284,000 pendatang memasuki Eropah setakat ini melalui pelbagai laluan transit di seluruh Afrika, Asia atau Asia Barat.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Tentera laut Itali menyelamat­kan pendatang di Laut Mediterran­ean, kelmarin.
[ FOTO EPA ] Tentera laut Itali menyelamat­kan pendatang di Laut Mediterran­ean, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia