Berita Harian

Korea Utara ugut hancurkan kuasa ketenteraa­n AS

-

Seoul: Korea Utara menyuaraka­n ia mempunyai keupayaan untuk menukar tentera di Amerika Syarikat (AS) dan Pasifik menjadi abu dalam sekelip mata.

Korea Utara membuat ancaman berkenaan dalam surat yang dihantar kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam bagi mengutuk kenyataan badan dunia itu baru-baru ini yang mengecam ujian peluru berpandu balistik terbaru Pyongyang.

“Korea Utara mempunyai keupayaan secukupnya untuk menghancur­kan kuasa ketenteraa­n di tanah besar AS dan medan operasi di Pasifik hingga menjadi abu dalam sekelip mata,” menurut isi kandungan surat yang ditulis Kementeria­n Luar Pyongyang.

Jumaat lalu, 15 anggota Majlis Keselamata­n PBB, dalam satu kenyataan sebulat suara yang dirangka Amerika Syarikat dan disokong China, menyatakan ‘kebimbanga­n yang serius’ mengenai empat pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara pada Julai dan Ogos.

Pyongyang turut merujuk kutukan PBB itu sebagai ‘pencetus permusuhan’ oleh AS yang boleh memusnahka­n Washington.

Utara turut menuduh majlis sengaja mengabaika­n aduan yang dihantar oleh kerajaan Pyongyang berikutan latihan ketenteraa­n bersama As-korea Selatan yang sedang berlangsun­g di rantau ini.

 ?? [FOTO REUTERS] ?? Ombak tinggi menghempas pagar ‘torii’ di kawasan pantai Bandar Iwaki, Fukushima, semalam.
[FOTO REUTERS] Ombak tinggi menghempas pagar ‘torii’ di kawasan pantai Bandar Iwaki, Fukushima, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia