Berita Harian

Taufan Lionrock badai timur laut Tokyo

Ancaman banjir besar, lebih 100 penerbanga­n dibatalkan

-

Satu taufan kuat melanda bahagian utara Jepun, semalam dengan ancaman banjir di kawasan yang masih belum pulih daripada tsunami pada 2011.

Taufan Lionrock membadai dekat bandar raya Ofunato, kira-kira 500 kilometer dari timur laut Tokyo.

Ini adalah kali pertama taufan berlaku di bahagian utara wilayah berkenaan sejak 1951 selepas Jabatan Kaji Cuaca Jepun mula menyimpan rekod kejadian bencana itu.

Lebih daripada 100 penerbanga­n dibatalkan dan amaran berpindah sudah dikeluarka­n kepada kira-kira 170,000 orang, termasuk 38,000 di Ofunato.

Menurut Agensi Pengurusan, lebih 10,000 rumah di kawasan terbabit terputus bekalan elektrik dengan kabel rosak akibat angin kuat.

Lebih 18,000 orang maut dalam kejadian gempa bumi pada Mac 2011, termasuk 340 di Ofunato.

Kelajuan angin dilaporkan mencecah 120 kilometer sehingga 176 kilometer sejam ketika ia bergerak ke utara dari Lautan Pasifik.

Operasi kilang dihentikan

Toyota Motor Corp berkata, pengeluara­n akan dihentikan, semalam berikutan dua kilangnya berada pada laluan taufan. Syarikat pengeluar kenderaan itu bimbang hujan lebat dan angin kuat akan memberi kesan kepada keadaan jalan sehingga menyebabka­n kelewatan penghantar­an.

Tokyo Electric Power Co, pengendali loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang rosak dalam bencana pada Mac 2011 turut menggantun­g beberapa operasi luar. Kira-kira 1,200 isi rumah terputus bekalan kuasa di timur Jepun berhampira­n Tokyo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia