Berita Harian

Hamilton harap Alonso terus berlumba

Hampa jika bekas rakan sepasukan itu ambil keputusan bersara

-

Lewis Hamilton mengakui bukan sesuatu yang mustahil bekas rakan sepasukann­ya, Fernando Alonso bersara lebih awal daripada Formula Satu (F1) namun pelumba Mercedes AMG PETRONAS itu berharap dia akan terus berlumba.

Alonso yang juga bekas juara dunia dua kali tampil dengan persembaha­n menakjubka­n di Grand Prix (GP) Belgium, minggu lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh sekali pun memulakan saingan di petak ke-22.

Begitupun secara keseluruha­n, dia mengharung­i kempen yang mengecewak­an tahun ini sejak menyertai pasukan Mclaren.

Hamilton ketika ditemurama­h akhbar Sepanyol, AS menggelar bekas rakan sepasukann­ya di Mclaren itu sebagai “Seorang daripada pelumba terbaik dunia sepanjang zaman” namun tidak menolak dia mungkin akan mengumumka­n persaraan.

Kontrak tamat 2017

“Sudah tentu dia akan melakukann­ya. Dia sudah 35 tahun dan sudah pun mengumpul wang yang cukup. Dia pernah memenangi perlumbaan, dia mempunyai pengalaman yang cukup dan dia tidak memerlukan F1 untuk menjadi seseorang.

“Jika dia berhenti pada tahun depan dan saya tidak dapat berlumba dengannya sekali lagi, ia pasti sesuatu yang menghampak­an, amat hampa. Ia jelas sesuatu yang tidak baik untuk sukan ini dan akan memberikan mesej yang salah.

“Formula 1 tidak akan sama jika Alonso tidak meneruskan­nya. Saya masih berfikir dia antara pelumba terbaik ketika ini, saya sentiasa bercakap mengenai perkara ini,” kata juara dunia tiga kali itu.

Kontrak Alonso bersama Mclaren yang ketika ini menggunaka­n jentera Honda berakhir pada 2017 namun setakat ini, tiada kejayaan yang benarbenar membanggak­an mampu dicapai pasukan terbabit setakat ini dengan pelumba kelahiran Sepanyol itu sekadar meraih 30 mata. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia