Berita Harian

Djokovic, Nadal mudah melangkah

-

New York: Novak Djokovic mengetepik­an kesakitan tangannya untuk terus mara ketika musuh tradisi, Rafael Nadal menyerlah dalam perlawanan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang menawarkan AS$650 juta (RM2.635 bilion), semalam.

Pemain nombor satu dunia, Djokovic yang juga juara bertahan dan sedang memburu gelaran ketiga Grand Slam tahun ini menewaskan pemain Poland, Jerzy Janowicz 63, 5-7, 6-2, 6-1.

Nadal yang juga juara 2010 dan 2013 dan juga pemain pilihan yang dijangka bertemu Djokovic di pusingan separuh akhir, menewaskan Denis Istomin dari Uzbekistan 6-1, 6-4, 6-2.

Dalam kategori wanita, pemain pilihan kedua, Angelique Kerber yang juga juara Terbuka Australia hanya memerlukan 33 minit untuk mengatasi pemenang Roland Garros, Garbine Muguruza dalam permainan tiga set.

Gagal di Olimpik

Djokovic yang juga juara 2011 mengakui dia ‘tidak lagi 100 peratus’ selepas mengalami kecederaan pergelanga­n tangan sejurus sebelum Olimpik yang menyaksika­n dia tewas dalam pusingan pertama acara perseorang­an.

Tetapi kecederaan di lengan atas kanan yang mengganggu pemain Serbia itu ketika ini apabila dia bermain dalam perlawanan pertama Grand Slam selepas kekalahan mengejut dalam pusingan ketiga di Wimbledon.

Pemain berumur 29 tahun itu memerlukan rawatan hanya selepas lima permainan pada set pertama tetapi akhirnya berjaya menewaskan Janowicz yang baru bermain pada tahun ini disebabkan kecederaan lutut.

Mengenai kecederaan tangannya, Djokovic menambah: “Ia bukanlah mudah untuk bermain di tahap ini sepanjang tahun. Ada masanya di mana anda tidak berada pada 100 peratus.”

 ??  ?? Novak Djokovic
Novak Djokovic

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia