Berita Harian

Arsenal sedia ‘lepaskan’ Jack Wilshere

-

London: Pelbagai laporan termasukla­h Sky Sports, akhbar Mirror dan Telegraph mengatakan Arsenal kini bersedia melepaskan Jack Wilshere meninggalk­an kelab itu secara pinjaman sebelum jendela perpindaha­n tamat hari ini.

Pemain tengah berumur 24 tahun itu terlepas banyak perlawanan pada musim lalu akibat kecederaan patah kaki, dan membuat penampilan pertama pada April.

Biarpun dia dipanggil menyertai skuad Roy Hodgson bagi Euro 2016, dia kelihatan masih belum kembali ke prestasi asal seperti yang dijangkaka­n terhadap seorang pemain yang sudah lama tidak bermain dalam sepanjang musim.

Dia menyertai perlawanan pra musim tetapi dihadkan menyertai hanya dua penampilan sebagai pemain gantian dalam kempen setakat ini.

Tidak beri kesan (gambar)

Dengan pilihan pemain tengah yang banyak, pemergian Wilshere - jika benar berlaku - tidak akan memberi kesan terhadap kekurangan Arsenal, selagi mereka kekal cergas.

Kelebihan dapat bermain bola sepak secara tetap bagi dia adalah jelas dan melihat perkembang­annya yang mendatar kerana kecederaan yang banyak, dia jelas perlukan lebih banyak peluang bermain.

Ada laporan yang mengatakan kelab Liga Perdana juga kelab luar negara dan Arsenal dijangka tidak akan menolak tawaran untuk melepaskan­nya.

Ia juga berkemungk­inan tidak akan berlaku dan dengan jendela perpindaha­n yang akan ditutup pukul 11 malam ini, sesuatu perlu dilakukan segera secepat mungkin.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia