Berita Harian

Ingati masa sukar: Conte

-

London: Chelsea memulakan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan cemerlang tetapi pengurus, Antonio Conte mahu pemain mengingati detik sukar dialami mereka musim lalu dan belajar melalui pengalaman itu.

Chelsea menamatkan saingan liga di tempat ke-10 musim lalu sekali gus gagal mempertaha­nkan kejuaraan liga tetapi The Blues menang ketigatiga perlawanan liga setakat ini untuk berkongsi mata dengan pendahulu, Manchester City hanya ketinggala­n di belakang menerusi perbezaan gol.

Langkah tepat

“Adalah penting untuk pemain meletakkan detik sukar dialami musim lalu dalam fikiran mereka. Apabila ada situasi sukar, penting untuk kita kembali ingat dan mencari kekuatan baharu bagi melangkah ke depan.

“Kami memulakan saingan musim ini dengan langkah yang tepat. Saya fikir kami perlu fokus satu demi satu perlawanan dengan intensiti yang betul dan fokus,” kata Conte.

Chelsea akan berkunjung ke Stadium Liberty bagi menentang Swansea City pada 11 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia