Berita Harian

Portugal buka langkah tanpa Renato Sanches

-

Lisbon: Juara Eropah, Portugal akan menentang Switzerlan­d pada aksi pembukaan kempen kelayakan Piala Dunia 2018 tanpa kelibat bintang muda Bayern Munich, Renato Sanches, kata Persekutua­n Bola Sepak Portugal.

Pemain tengah berusia 19 tahun itu yang berpindah ke Jerman selepas musim cemerlang di Benfica selain menunjukka­n aksi menakjubka­n ketika kempen Euro 2016 mengalami kecederaan koyak otot paha.

Ronaldo terlepas peluang

Dia sebelum itu disenaraik­an dalam skuad bimbingan Fernando Santos berkenaan bagi menghadapi aksi persahabat­an menentang Gibraltar dan perlawanan pertama kelayakan di Basel tetapi selepas perbincang­an dilakukan antara pasukan perubatan Bayern dengan Portugal, dia terpaksa diketepika­n.

Pemain sayap lincah itu mengalami kecederaan berkenaan tiga minggu lalu dan baru kembali menjalani latihan bersama Bayern.

Portugal juga kehilangan khidmat kapten, Cristiano Ronaldo yang masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan dialaminya ketika aksi final Euro 2016 menentang Perancis.

 ??  ?? Skuad Portugal beraksi tanpa kelibat Ronaldo (kanan) dan Sanches pada aksi menentang Switzerlan­d, Jumaat ini.
Skuad Portugal beraksi tanpa kelibat Ronaldo (kanan) dan Sanches pada aksi menentang Switzerlan­d, Jumaat ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia