Berita Harian

Argentina gusar tiada penggempur berbisa

Ujian sahkan Messi mengalami kesakitan bahagian otot kiri

-

Bintang Barcelona, Lionel Messi pulang ke Argentina namun kelibatnya untuk beraksi dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Uruguay dan Venezuela masih diragui susulan kecederaan hamstring dialaminya.

Messi bermain pada aksi La Liga bersama Barcelona ketika menewaskan Athletic Bilbao 1-0, minggu lalu namun selepas menjalani ujian kelmarin, kelab gergasi Sepanyol itu mengesahka­n kecederaan itu menyebabka­nnya merasa sakit.

“Ujian yang dijalankan mengesahka­n Lionel Messi merasa sakit di bahagian otot kirinya. Kedua-dua jabatan perubatan FC Barcelona dan AFA (Persatuan Bola Sepak Argentina) bersetuju dengan laporan ini,” kata Barcelona dalam satu kenyataan.

“Pemain itu akan membuat perjalanan ke Argentina untuk menyertai pasukan kebangsaan dan ketidaksel­esaan akan memutuskan kesediaann­ya untuk bermain dalam perlawanan yang sudah dijadualka­n.”

Aguero, Pastore tarik diri

Argentina ketika ini berada di kedudukan ketiga daripada 10 negara dalam kempen kelayakan zon Amerika Selatan selepas mengumpul 11 mata daripada enam perlawanan, dua mata di belakang pendahulu Uruguay dan Ecuador.

Edgardo Bauza akan mengendali­kan Argentina buat pertama kali ke kempen kelayakan Piala Dunia mereka menanti kunjungan Uruguay di Mendoza, Khamis ini sebelum membuat kunjungan ke Venezuela bagi perlawanan seterusnya di Merida, lima hari kemudian.

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero dan pemain tengah Paris St Germain, Javier Pastore sudah menarik diri daripada skuad disebabkan kecederaan dengan naib juara dunia 2014 itu pasti menghadapk­an kudrat Messi untuk bermain.

Awal bulan ini, Messi membuat pusingan U untuk bersara daripada beraksi bersama skuad kebangsaan susulan kekalahan di final Copa Amerika kepada Chile, penghujung Jun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia