Berita Harian

Keane bangga wakili pasukan Ireland

-

Dublin: Legenda Ireland, Robbie Keane yang akan bersara dari pentas antarabang­sa mengakui segala kejayaan yang dilakar di peringkat kelab tidak setanding kariernya bersama skuad kebangsaan.

“Bagi saya, ia lebih daripada apa saja, ia adalah kemuncak kerjaya saya,” kata penyerang kelab LA Galaxy itu yang akan menyarung jersi Ireland buat kali terakhir, awal pagi ini pada perlawanan persahabat­an menentang Oman di Lansdowne Road.

“Saya bermain untuk banyak kelab namun jersi Ireland sentiasa yang terbaik buat saya. Saya sentiasa menikmatin­ya. Saya akan merinduiny­a.

“Pertama dan paling penting, saya akan merindui segala-galanya mengenai bermain untuk Ireland, saya akan merindui untuk memakai jersi berwarna hijau itu,” katanya.

Sejak menyertai skuad kebangsaan Ireland di usia 17 tahun, Keane sudah meledak 67 gol sepanjang 145 penampilan dan ketika ini berada di tangga ke-15 penjaring terbanyak antarabang­sa sepanjang zaman dan hanya satu gol di belakang legenda Jerman, Gerd Muller.

Semangat patriotik tebal

Keane yang sudah menyertai sembilan kelab sepanjang kariernya setakat ini juga mengakui dia tidak dapat memahami bagaimana ada pemain mampu menolak untuk bermain bersama skuad kebangsaan.

“Saya tidak memahami mengapa ada pemain yang menolak untuk bermain (skuad kebangsaan) dan tidak pernah dapat memahami sehingga ketika ini mengapa mereka tidak boleh menerima tugasan penting untuk

 ??  ?? Keane
Keane

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia