Berita Harian

Modric kini kapten baharu Croatia

-

Zaqgreb: Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric akan mengambil alih tugas sebagai kapten Croatia pada aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Turki awal September ini, kata jurulatih, Ante Cacic.

“Modric akan menjadi kapten baharu kami,” kata Cacic ketika mengumumka­n pengganti kepada Darijo Srna.

“Kami akan memainkan peranan sebagai pasukan pilihan dan kami akan melakukan apa saja untuk membuktika­nnya.”

“Saya percaya kami tidak akan terjejas biarpun terpaksa bermain tanpa kehadiran penyokong menentang Turki dan Iceland.”

Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) mengarahka­n Croatia untuk bermain dua perlawanan kelayakan Piala Dunia di stadium kosong selepas penyokong pasukan itu mengulangi tindakan dengan melaungkan sorakan berunsur perkauman.

Mampu menang

Sementara itu, Modric turut bersetuju dengan pandangan Cacic dan berkata dia menjangkak­an Croatia mampu mencatat kemenangan biarpun bermain tanpa kehadiran penyokong.

“Ia adalah satu penghormat­an dilantik menjadi kapten Croatia. Biarpun kami terpaksa bermain di stadium kosong namun itu tidak akan menjejaska­n permainan kami.

“Kami mahu kemenangan dan permulaan yang sempurna,” kata pemain berusia 30 tahun itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia