Berita Harian

KSC Hayqal ‘A’, Putra MB Kids tawan NS

Saiful, Raziq dinobat pemain terbaik final

- Oleh Mohd Badlishah Mohd Ali

Skuad KSC Hayqal ‘A’ muncul juara Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2016 Peringkat Negeri Sembilan kategori bawah 16 tahun selepas menewaskan Ally FT 1-0 dalam aksi final di D’futsal Arena, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Sebelum itu, pada saingan separuh akhir KSC Hayqal ‘A’ memadam impian TCOT Junior 2-0 manakala Ally FT dipaksa bekerja keras oleh pasukan Charo FT sebelum menang tipis 1-0.

Pemain terbaik final menjadi milik Mohd Saiful Ismail dari pasukan Ally FT manakala penjaga gol terbaik milik Aliff Aiman Badrul dari pasukan KSC Hayqal ‘A’.

Kategori bawah 12 tahun juara menjadi milik Putra MB Kids dari Klang, Selangor selepas menumpaska­n KBAP Warrior 3-1. Gol Putra MB Kids menerusi jaringan hatrik Abdul Raziq Abd Rahman.

Sebelum itu pada saingan separuh akhir Putra MB Kids mengalahka­n

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia