Berita Harian

Tiger Kids FC tekad gegar Jepun

-

Shah Alam: Kelab Tiger Kids FC berharap pengalaman yang dikutip dalam beberapa aksi peringkat tempatan mampu membantu mereka menggegar dalam aksi persahabat­an antarabang­sa di Jepun pada 17 September ini.

Ketua jurulatihn­ya, Kahazan Zakaria berkata, meskipun pasukan itu baru dibentuk tidak sampai setahun, namun keserasian ditonjolka­n antara pemain yang berumur bawah 12 tahun itu menjadikan Tiger Kids FC pasukan mantap.

“Selepas pertanding­an enam penjuru ini, kami akan mengadakan aksi persahabat­an di Jepun. Kami harap dapat mengutip pengalaman berharga di sana dan dibawa kembali ke Malaysia,” katanya selepas pertanding­an enam penjuru anjuran pemilik kelab itu, Datuk Seri Rosniaida Ismail.

Pada pertanding­an itu, Tiger Kids FC muncul naib juara selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti 2-1 kepada Akademi Bola Sepak MBPJ. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 selepas tamat perlawanan.

Pendedahan terbaik

Tempat ketiga milik CIMB YFA. Turut bertanding, Soccer Youth FC, Subang FC dan Atletico FC.

Sementara itu, Rosniaida berkata dia berbangga dengan pencapaian diraih kelab itu walaupun baru ditubuhkan Oktober lalu dengan sebahagian pemain tidak mempunyai asas bermain bola sepak.

“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah memberi lampu hijau untuk aksi persahabat­an di Jepun itu. Saya anggap ini pendedahan dan motivasi terbaik kepada pemain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pemain Tiger Kids FC dan MBPJ (biru) bersama pingat masing-masing.
Pemain Tiger Kids FC dan MBPJ (biru) bersama pingat masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia