Berita Harian

THT mara ke separuh akhir

Berjaya atasi kebangkita­n KLHC

- Oleh Faizul Azlan Razak

Pasukan Hoki Terengganu (THT) terpaksa bekerja keras sebelum melangkah ke separuh akhir dengan menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 3-2 dalam aksi suku akhir Piala Tan Sri P Alagendra di Stadium Hoki Batu Buruk, semalam.

THT memanfaatk­an kelebihan beraksi di laman sendiri apabila membuka tirai jaringan menerusi gol padang Kim Jung Hoo selepas berlaku situasi kelam kabut di depan gawang pelawat.

Pada suku kedua, KLHC hampir menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Hyun Woo Nam namun berjaya diselamatk­an Fitri Saari pada minit ke-20.

Kesilapan pertahanan pelawat membolehka­n tuan rumah memperoleh pukulan penalti yang kemudian disempurna­kan Fitri dengan menewaskan penjaga gol KLHC, Roslan Jamaluddin pada minit ke-26.

Aksi suku ketiga menyaksika­n kebangkita­n KLHC apabila Nam tidak mempersiak­an peluang menerusi pukulan sudut penalti untuk gol pertama pada minit ke-39.

Muncul wira

Tiga minit berselang, KLHC berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang Muhammad Umar Bhutta yang menyambar hantaran Nam.

Perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan balas, namun gagal menemui sentuhan penyudah.

Bagaimanap­un, pemain import THT, Jang Jong Hyun muncul wira pasukannya apabila berjaya menjaringk­an gol kemenangan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-56.

Menyedari masa semakin suntuk, KLHC mengeluark­an Roslan bagi memburu gol penyamaan, namun usaha itu gagal menghalang skuad kendalian Sarjit Singh mencatatka­n kemenangan.

 ?? [ FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK / BH ] ?? Pemain THT, Jang Jong Hyun (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi Piala Tan Sri P Alagendra di Stadium Hoki Batu Buruk, semalam.
[ FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK / BH ] Pemain THT, Jang Jong Hyun (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi Piala Tan Sri P Alagendra di Stadium Hoki Batu Buruk, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia