Berita Harian

Yuzy kendali klinik di Pasir Gudang

-

Kuala Lumpur: Bersempena program Pencarian Pelumba Cub Prix musim 2017, orang ramai dijemput menghadiri Klinik Cub Prix dan Keselamata­n Jalan Raya yang dikendalik­an bekas pelumba negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini.

Program bagi menambah pengetahua­n terhadap perlumbaan motosikal itu adalah sebahagian daripada aktiviti pusingan ketujuh perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsun­g di Stadium Perbandara­n Pasir Gudang, Johor pada 3 dan 4 September ini.

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada yang berminat dan ia diadakan di Institut Latihan Perindustr­ian Pasir Gudang, 2 September bermula jam 9 pagi.

Ikon pemotoran

“Program Klinik Cub Prix ini adalah satusatuny­a program yang diadakan hampir di seluruh negara bersempena dengan perlumbaan Cub Prix bagi mendekati remaja dan belia yang berminat dengan dunia perlumbaan.

“Selalunya ia akan dijalankan sehari sebelum perlumbaan Cub Prix bermula dan disertai kira-kira 100 hingga 200 peserta yang terdiri dari golongan remaja.

“Selain pendedahan tentang asas perlumbaan dan pengendali­an jentera oleh Shahrol Yuzy, beberapa pelumba handalan negara turut sama-sama berkongsi pengalaman mereka,” kata pegawai komunikasi Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Muhamad Nazrol Jamaludin.

Buka peluang, semuka

“Ramai pelumba berbakat hari ini seperti Zulfahmi Khairuddin pernah menghadiri salah satu program Klinik Cub Prix ini. Boleh dikatakan program ini antara langkah pertama mereka mendekatka­n diri dengan perlumbaan Cub Prix.”

Selain daripada mendapatka­n maklumat melalui media sosial dan laman sesawang rasmi Cub Prix, program ini membuka peluang untuk bertanya dan bersemuka secara terus dengan ikon sukan permotoran negara seperti Shahrol Yuzy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia