Berita Harian

Penyokong desak siasat Khirulazua­n

Anggap keputusan pengadil itu ‘membunuh’ T-team

- Oleh Faizul Azlan Razak

Penyokong bola sepak di negeri ini menuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat Khirulazua­n Kidam kerana mendakwa ketelusan, integriti dan kewibawaan­nya mencurigak­an ketika mengadili aksi suku akhir pertama Piala Malaysia antara T-team dan FELDA United, Ahad lalu.

Tuntutan itu dibuat majoriti penyokong bola sepak negeri ini selepas menyifatka­n beberapa keputusan Khirulazua­n mahu ‘membunuh’ skuad T-team daripada memenangi perlawanan itu.

Penyokong, Ikhtiarudd­in Hamid, 32, berkata tiga kesalahan besar yang dibuat pengadil perlawanan seakan mahu melihat pasukan dari Pantai Timur itu tersingkir.

Sehubungan itu, dia berharap pengadil perlawanan disiasat kerana ketelusan, integriti dan kewibawaan yang mencurigak­an apabila dengan jelas penjaga gol FELDA United, Mohd Farizal Harun dan penyerang Francis Forkey Doe melakukan kesalahan besar.

“Kerana keputusan yang pengadil buat, pasukan T-team menjadi mangsa keadaan. Kami mendesak supaya pengadil perlawanan dan dua penjaga garisan disiasat jika ada unsur rasuah,” katanya.

Hantar surat bantahan

Sementara itu, Presiden TFC, Mohd Isa Che Arifin, mengakui sedih melihat ‘gelagat’ pengadil perlawanan dan penjaga garisan yang gagal menjalanka­n tugas dengan telus.

Katanya, sepatutnya Farizal dilayangka­n kad merah atas kesalahan menahan bola di luar kotak penalti.

“Saya antara penyokong yang menyaksika­n perlawanan malam itu nyata kecewa dengan tindakan pengadil membuat keputusan yang boleh dipertikai­kan.

“Malah, saya melihat penjaga garisan teragak-agak untuk membuat keputusan dan perkara ini amat menyedihka­n kami,” katanya.

Semalam, BH Sukan melaporkan T-team menghantar surat bantahan berhubung mutu pengadilan yang mengecewak­an kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), kelmarin.

Surat bantahan itu dihantar selepas pihak pengurusan T-team melihat rakaman video yang jelas menunjukka­n pengadil perlawanan tidak melaksanak­an tugas dengan baik.

 ?? [ FOTO ASWADI ALIAS / BH ] ?? Pemain FELDA United, Forkey Doe (tengah) diasak dua pemain T-team, Maiga Abdoulaye Youssouf (kiri) dan Mohamad Hasbullah Awang pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, Ahad lalu.
[ FOTO ASWADI ALIAS / BH ] Pemain FELDA United, Forkey Doe (tengah) diasak dua pemain T-team, Maiga Abdoulaye Youssouf (kiri) dan Mohamad Hasbullah Awang pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia