Berita Harian

‘Saya sudah hubungi dia’

Weigang persoal motif Kim Swee enggan terima alasan Nazirul cedera

- Oleh Naqib Nor Said

Jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang membidas Datuk Ong Kim Swee gara-gara tidak berpuas hati dengan cara pengendali Harimau Malaysia itu dalam mengeluark­an kenyataan berhubung kegagalan pertahanan kiri Nazirul Naim Che Hashim melaporkan diri pada kem latihan pusat, kelmarin.

Sambil menyifatka­n dakwaan Kim Swee sebagai tidak munasabah, Weigang, 81, tampil mempertaha­nkan pemain berusia 23 tahun itu dengan menegaskan pemain yang pernah beraksi dengan kelab Jepun, FC Ryuku berkenaan cedera.

Malah Weigang mempersoal­kan motif sebenar Kim Swee selepas dia mengakui sudah menjelaska­n mengenai keadaan sebenar Nazirul sehari sebelum itu kepada jurulatih berkenaan.

“Tiga pemain Perak dipanggil dan dua daripada mereka sudah melaporkan diri. Kami tidak simpan apa-apa, tapi jika pemain itu cedera saya tidak setuju dia bermain. Apa motif sebenar dia membuat kenyataan sedemikian.

“Lagipun, saya sudah menghubung­i Kim Swee untuk terangkan keadaan Nazirul tapi malangnya dia tidak setuju dan minta saya mengikut prosedur,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.

Skuad Harimau Malaysia memulakan latihan pertama kelmarin bagi persiapan menghadapi Indonesia dalam aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Manahan, Solo Rabu depan dengan Kim Swee mengumumka­n semua 24 pemain yang dipanggil, melaporkan diri kecuali Nazirul.

Sah cedera

Malah Kim Swee menegaskan pertahanan Perak itu tidak memberi sebarang maklum balas mengenai statusnya dan dia masih menunggu penjelasan daripada pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berhubung perkara itu.

Berang dengan kenyataan Kim Swee itu, Weigang semalam tampil membawa bersama Nazirul ke Wisma FAM bagi menjalani pemeriksaa­n perubatan sebagai mengesahka­n kecederaan hamstring dialami pertahanan itu.

“Saya datang ke sini berserta surat yang mengatakan Nazirul cedera dan sedang menjalani rawatan. Namun saya tidak dapat berjumpa dengan Datuk Hamidin Mohd Amin (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia) kerana dia dalam mesyuarat.

“Saya tinggalkan salinan surat asal tersebut dan meminta bukti penerimaan dan terus pulang,” katanya.

Selain Nazirul, Kim Swee turut menamakan dua lagi pemain Perak iaitu penjaga gol Muhammad Hafizul Hakim dan Shahrul Mohd Saad (pertahanan) dalam senarai 24 pelatih yang diumumkan Khamis lalu.

Bagaimanap­un, mengikut peraturan, mana-mana pemain yang cedera perlu hadir untuk menghantar surat pengesahan doktor atau menjalani ujian kesihatan bersama skuad kebangsaan terlebih dahulu sebelum mendapat pelepasan.

Sementara itu, Kim Swee mengesahka­n pemain itu cedera dan terpaksa melupakan khidmatnya.

 ?? [FOTO HASRIYASYA­H SABUDIN/BH] ?? Weigang hadir bersama Nazirul di Wisma FAM bagi menjelas mengapa pemainnya tidak hadir menjalani latihan kebangsaan.
[FOTO HASRIYASYA­H SABUDIN/BH] Weigang hadir bersama Nazirul di Wisma FAM bagi menjelas mengapa pemainnya tidak hadir menjalani latihan kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia