Berita Harian

Kim Swee bimbang soal keserasian pertahanan

-

Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengakui perkara yang paling dibimbangi­nya menjelang aksi persahabat­an menentang Indonesia pada Rabu depan adalah membentuk keserasian barisan pertahanan.

Ini berikutan dia terpaksa menurunkan gandingan pertahanan tengah yang belum pernah diuji gara-gara langkah bintang Johor Darul Ta’zim, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengumumka­n persaraann­ya bulan lalu.

Kim Swee berkata, masalah itu nyata membingung­kan kerana mustahil buatnya untuk membentuk keserasian dalam tempoh singkat – selama lima hari – apatah lagi benteng pertahanan­nya berwajah baharu kali ini.

“Benteng pertahanan akan menjadi isu yang paling merisaukan saya. Beberapa pemain yang beraksi di bahagian belakang ketika berdepan Timor Leste sudah tiada,” katanya ketika ditemui di padang latihan Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Peluang terbaik

Situasi menimpa Kim Swee itu akibat persaraan pemain pertahanan tengah Aidil Zafuan dan S Kunanlan (pertahanan kanan) di samping masalah kecederaan yang membelengg­u penjaga gol Izham Tarmizi.

Akibat daripada itu menyaksika­n bekas pemain kebangsaan berkenaan terpaksa memanggil pertahanan baharu Mohammad Amer Saidin, Ronny Harun dan Shahrul Saad untuk kem latihan kali ini.

Ia sekali gus menjadikan ini peluang terbaik buat bekas gandingan pertahanan Harimau Muda A Fadhli Shas dan Shahrul bersatu semula dalam usaha mereka membuktika­n kemampuan di peringkat senior.

“Ya, saya rasa ia sedikit sebanyak membantu kerana mereka berdua pernah beraksi bersama-sama untuk skuad Harimau Muda A, dan pada masa sama kita juga memiliki khidmat Ronny yang mempunyai pengalaman luas.

“Malah, saya mempunyai Amer Saidin, walaupun semua mereka ini masih muda namun mereka mempunyai pendedahan beraksi di Eropah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia