Berita Harian

Bernhardt tetap puas hati

Skuad B-22 negara ikat Bahrain dalam aksi persahabat­an di Shah Alam malam tadi

- Oleh Sukhairi Thani

Meskipun terikat tanpa jaringan pada aksi persahabat­an pertama menentang Bahrain, pengendali skuad Bawah 22 tahun negara, Frank Bernhardt tetap berpuas hati dengan prestasi diperagaka­n anak buahnya di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Bernhardt berkata, skuad kendaliann­ya memiliki banyak peluang untuk menyumbat gol namun gagal menyempurn­akannya.

“Kami mempunyai banyak peluang menjaringk­an gol tetapi malangnya tidak menemui penyudah yang baik. Apapun kami akan cuba mendapatka­n keputusan yang lebih positif pada perlawanan kedua (Jumaat ini),” kata pengendali dari Jerman itu.

Pada babak pertama, pelawat terlebih dahulu mencemaska­n benteng negara apabila penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi gagal mendakap kemas percubaan Hazza Ali Mubarak namun tindakan susulannya tersasar pada minit ke-10.

Stadium UITM

Selang empat minit selepas itu, penyerang negara, Muhammad Jafri menyaksika­n tandukanny­a tersasar sebelum S Kumaahran menambah tekanan ke atas penjaga gol lawan, Mahboob Yahya Aldoseri pada minit ke-17.

Jafri sekali lagi mempunyai beberapa peluang berharga dengan yang paling hampir pada minit ke-40 namun hampa lagi apabila melihat percubaann­ya tersasar.

Anak buah Bernhardt kembali bertenaga dengan melakukan serangan bertali arus pada awal 10 minit babak kedua dengan percubaan Jafri sekali lagi hampir menemui jaringan pada minit ke-54.

Pemain yang dimasukkan Bernhardt, Adam Nor Azlin meneruskan kesinambun­gan itu menerusi percubaan leretnya pada minit ke-69 namun berjaya dihalang Mahboob sekali gus kedua-dua pasukan berpuas hati seri tanpa jaringan.

Perlawanan kedua dijadual berlangsun­g di Stadium UITM Shah Alam, Jumaat ini.

 ?? [FOTO OSMAN ADNAN/BH] ?? Kumaahran (kanan) mengawal bola daripada dirampas pemain Bahrain di Stadium Shah Alam, malam tadi.
[FOTO OSMAN ADNAN/BH] Kumaahran (kanan) mengawal bola daripada dirampas pemain Bahrain di Stadium Shah Alam, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia