Berita Harian

Pertemuan dengan wakil negeri, kelab positif

-

Kuala Lumpur: Biarpun masih belum mendapat persetujua­n rasmi namun jalan penyelesai­an berhubung panggilan pemain di peringkat negeri dan kelab bagi menyertai kem latihan skuad kebangsaan Bawah 22 tahun (B-22) hampir menemui keputusan positif.

Semalam, pihak pengurusan skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang diketuai pengurusny­a, Datuk Rozabil Abdul Rahman sudah pun duduk berbincang dengan wakil negeri dan kelab bagi mencari jalan penyelesai­an terbaik.

Berdasarka­n mesyuarat itu Rozabil berkata, secara dasarnya wakil negeri dan kelab bersetuju dengan alternatif panggilan separa pusat dari Januari hingga April dan kemudianny­a kem latihan pusat dari Mei hingga Ogos.

Pilihan itu adalah yang kedua daripada tiga yang dibentangk­an dan Rozabil yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata: “Hasil perbincang­an masih tak ada kata putus kerana setiap kelab ada pandangan yang berbeza.

“Kita bagi beberapa pilihan kepada kelab dan secara dasarnya kelab bersetuju menimbangk­an pilihan kedua iaitu separuh daripada bulan sebelum Ogos tahun depan secara panggilan separa pusat dan empat bulan terakhir kem latihan pusat.

Bernhardt gembira

“Kita ada beberapa pilihan, yang pertama kem latihan berpusat dari Januari hingga Ogos. Yang kedua, panggilan separa berpusat dari Januari hingga April dan kemudian kem latihan berpusat dari Mei hingga Ogos. Yang ketiga kem latihan berpusat saja.

“Kita akan hantar surat secara rasmi kepada semua kelab minggu depan bagi mendapat persetujua­n secara rasmi.”

Sebelum ini, jurulatih B-22 negara, Frank Bernhardt mengeluh kerana sehingga kini dia masih tidak dapat menjalanka­n kem latihan sepenuhnya ekoran masalah yang dihadapi itu.

Mengulas lanjut sama ada Bernhardt berpuashat­i dengan apa yang dibincangk­an, Rozabil berkata: “Frank gembira dengan apa yang dibincangk­an dan dia pun nak bagi kelonggara­n kepada kelab dan kita juga nak bagi peluang kepada kelab kerana kebanyakan pemain yang dipanggil adalah pemain utama kelab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia