Berita Harian

25,000 Perodua Bezza ditempah sejak 16 Julai

Pelanggan ke 10,000 terima kenderaan semalam

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Perodua Bezza, sedan pertama keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), terus mendapat sambutan memberangs­angkan apabila merekodkan tempahan terkini sebanyak 25,000 unit sejak tempahanny­a dibuka pada 16 Julai lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, berkata permintaan terhadap sedan kompak itu begitu positif apabila pada bulan ini pihaknya menerima hampir 9,000 unit tempahan, jumlah sama ketika Axia diperkenal­kan.

Permintaan ikut segmen

Katanya, meskipun penjualan Bezza dilihat memberi kesan kepada Myvi dalam kadar minimum di bawah lima peratus, namun dua model terbabit mempunyai peminat tersendiri mengikut segmen masing-masing, termasuk Axia dan Alza.

“Kami mempunyai perancanga­n tersendiri dalam usaha untuk mengekalka­n penjualan Bezza, pada masa sama, akan berusaha untuk melonjakka­n penjualan model lain.

“Permintaan adalah mengikut segmen, dan ketika ini selain Bezza, Axia juga masih boleh dianggap sebagai model baharu dan sentiasa menjadi perhatian serta permintaan tinggi daripada pembeli,” katanya pada sidang media majlis penyerahan kunci Perodua Bezza kepada pelanggan ke-10,000 di Perodua Sentral, Petaling Jaya, semalam.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua Sales), Dr Zahari Husin serta pelanggan ke-10,000 Perodua Bezza, Zetty Aswani Fazwin Mahrol Fazwin.

Bagi tujuh bulan pertama tahun ini, PERODUA menjual 112,500 unit kereta yang mana ia menyumbang 35.4 peratus kepada jumlah industri keseluruha­n (TIV) berjumlah 317,900 kenderaan.

Aminar Rashid berkata, sehingga kini 44 peratus jualan Bezza adalah daripada varian 1.3L Advance Version (transmisi automatik), Premium X 1.3L bagi transmisi automatik (43 peratus), 1.0L automatik (sembilan peratus), Premium X 1.3L (transmisi manual) (tiga peratus) dan 1.0L transmisi manual (satu peratus).

“Kami harap lebih banyak pelanggan mengunjung­i bilik pameran PERODUA dan mencuba pandu uji Bezza, terutama varian 1.0L,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua Sales), Dr Zahari Husin (kiri) sambil diperhatik­an Aminar Rashid (kanan) menyerahka­n replika kunci kepada Zetty Aswani Fazwin Mahrol Fazwin pada majlis penyerahan kunci Perodua Bezza kepada pelanggan...
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua Sales), Dr Zahari Husin (kiri) sambil diperhatik­an Aminar Rashid (kanan) menyerahka­n replika kunci kepada Zetty Aswani Fazwin Mahrol Fazwin pada majlis penyerahan kunci Perodua Bezza kepada pelanggan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia