Berita Harian

PETRONAS teroka Indonesia

KL, Jakarta tingkat kerjasama sektor minyak, gas serta arang batu

- Oleh Magendran Rajagopal

Malaysia dan Indonesia mencapai persefaham­an baharu dalam usaha sama cari gali minyak dan gas serta pembekalan arang batu bermutu secara berterusan untuk jangka panjang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri menjelaska­n, PETRONAS diberi peluang dalam tender terbuka syarikat cari gali minyak dan gas Indonesia, Pertamina, untuk meneroka blok baharu di tujuh kawasan dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EZZ) di Laut Cina Selatan dan tiga di Kepulauan Natuna.

“Ini peluang baharu untuk PETRONAS menjalin kerjasama lanjut dengan Indonesia kerana ada 16 blok baharu, termasuk beberapa kawasan yang dianggap blok pengeluara­n yang mana PETRONAS mempunyai teknologi untuk menerokany­a bersama Pertamina.

“Pihak Indonesia juga memaklumka­n perundanga­n bertindih yang menjadi masalah kepada pelaburan asing, kini sudah dapat dikurangka­n dan menjadi insentif kepada PETRONAS untuk tingkatkan pelaburan di sana,” katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Menteri Penyelaras Indonesia bagi Hal Ehwal Maritim merangkap Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Luhut Binsar Pandjaitan, yang melakukan lawatan kerja rasmi ke Perdana Putra.

Ahmad Zahid dan Luhut turut mengadakan perjumpaan dengan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Seri Azman Mohd.

Untungkan kedua-dua negara

Tambah Ahmad Zahid, dalam sektor arang batu pula, urusan membabitka­n kerajaan antara kerajaan (G-TO-G) mahu diterjemah­kan TNB sebagai urusan antara perniagaan kepada perniagaan (B-TO-B) dengan Perusahaan Listrik Nasional (PLN) di Indonesia.

“Ini juga memberi insentif baharu kepada pelabur luar kerana Indonesia sudah mengetepik­an beberapa peraturan yang bertindih, sekali gus memudahkan TNB membuat pelaburan jangka panjang dengan mutu arang batu mengikut spesifikas­i yang ditentukan TNB,” katanya.

Sementara itu, Luhut berkata, kerjasama yang dijalin itu menguntung­kan kedua-dua negara dan berharap persefaham­an hasil perjumpaan itu dapat diterjemah­kan secepat mungkin.

“Usaha cari gali minyak umpamanya, Indonesia mempunyai 13 blok baharu dalam kawasan 200 batu nautika yang mana sudah dua diusahakan dan berharap kerjasama dengan PETRONAS untuk meneroka yang selebihnya, begitu juga dengan komitmen pelaburan TNB di Indonesia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia