Berita Harian

Pelantikan Kuehner langkah jangka pendek

-

Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Axiata Bhd yang baharu, Michael Kuehner (gambar) berkuat kuasa esok, hanya langkah jangka pendek, sementara proses melatih pelapis dalam kalangan Timbalan CEO Celcom atau Kumpulan Axiata untuk memikul tanggungja­wab itu.

Menurut Kumpulan Axiata, bagi mengimbang­i keperluan komersial Celcom dan usaha jangka panjang pembanguna­n nasional, Axiata melantik pasukan membabitka­n empat pengurusan kanan termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah Celcom, Tan Sri Jamaludin Ibrahim dan dua Timbalan CEO Celcom, Azwan Khan serta Mohamed Adlan Tajudin yang bekerjasam­a dengan Kuehner.

Katanya, pasukan itu akan mengadakan perjumpaan bagi memastikan agenda nasional dan Bumiputera sentiasa diberikan penekanan sejajar aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi pelaksanaa­n Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berhubung Agenda Pemerkasaa­n Bumiputera.

Utama agenda Bumiputera

Beliau berkata, pasukan itu akan dibantu seorang Ketua Pegawai Sumber Manusia yang dilantik dalam kalangan Bumiputera, selain pelantikan seorang Ketua Pegawai Kewangan baharu dalam kalangan warga tempatan. “Pihak lembaga pengarah dan pengurusan Axiata menyokong penuh pelantikan Kuehner sebagai CEO baharu kerana beliau sememangny­a komited dalam memajukan Axiata dan beliau sudah berkhidmat di negara ini lebih lapan tahun dan sangat sensitif dengan rakyat Malaysia.

“Sebagai seorang yang profesiona­l, Kuehner akan memastikan agenda Bumiputera diberi perhatian,” kata Kumpulan Axiata menerusi kenyataan, semalam. Kuehner yang juga CEO Robi Axiata Limited menggantik­an Datuk Seri Shazalli Ramly.

Sabtu lalu, UMNO Bahagian Klang mendesak Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengkaji semula pelantikan Kuehner.

Ketuanya, Datuk Nasaruddin M Zin, berkata jawatan terbabit yang kini disandang Shazalli sepatutnya diberikan kepada rakyat negara ini, terutama orang Melayu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia